Faktor 'kingmaker' di sebalik dominasi GPS
Iklan
Pelaksanaan dasar pembangunan, bantuan serta inisiatif kebajikan sebagai antara faktor yang mengukuhkan GPS. Gambar hiasan
SHAH ALAM – Kedudukan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai antara penentu kuasa atau kingmaker dalam politik nasional dilihat menjadi faktor penting yang mengukuhkan kedudukannya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.
Ketidakhadiran beberapa parti utama dari Semenanjung serta pembubaran Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada 2024 turut mengubah landskap persaingan politik negeri itu, sekali gus mengurangkan cabaran terhadap GPS.