Warzone: KBS tak teragak-agak buat laporan polis

Iklan
Tangkap layar kekecohan semasa sidang media memperkenalkan petarung yang akan menyertai International Influencer Super Lightweight Champion WWC pada Sabtu lalu. Gambar kecil: Hannah

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memberi amaran tegas bahawa pihaknya tidak teragak-agak membuat laporan polis sekiranya penganjur Warzone World Championship (WWC) 2025 tetap meneruskan kejohanan itu tanpa kelulusan rasmi.

Menterinya, Hannah Yeoh menjelaskan penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa yang melibatkan peserta luar negara wajib mendapatkan kelulusan daripada KBS sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh berlangsung.

Iklan
Iklan

Namun katanya, semakan mendapati penganjur WWC 2025 bukan sahaja tidak mempunyai kelulusan, malah permohonan rasmi juga tidak pernah dihantar.

“Bila tiada kelulusan, ia bermakna program ini tidak dibenarkan berjalan.

Iklan

“Kalau nak teruskan, mereka perlu ikut garis masa dan kena patuh pada syarat-syarat untuk pastikan sukan itu selamat bukan sahaja untuk atlet yang terlibat tetapi untuk penonton,” ujarnya.

Hannah berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Realiti Jaguh Rakan Muda di 1 Utama, Damansara.

Iklan

Tambah Hannah, pihak KBS tidak menghalang mana-mana pihak untuk menganjurkan program sukan namun menegaskan ia mesti dilaksanakan dalam suasana yang selamat dan sesuai dengan norma masyarakat Malaysia.

Aksi International Influencer Super Lightweight Champion WWC yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Disember menjadi perhatian selepas klip video tular menunjukkan beberapa petarung bertengkar semasa sidang media, dipercayai sebahagian elemen promosi acara berkenaan.

Malah, sesi face-off membabitkan petarung kanak-kanak yang bertindak agresif turut menimbulkan kemarahan orang ramai, terutama golongan ibu bapa.

“Ramai ibu bapa marah apabila melihat promosi itu melibatkan kanak-kanak bergaduh. Tidak semua kandungan sesuai untuk masyarakat Malaysia, lebih-lebih lagi ketika kerajaan memerangi isu buli,” katanya.