Pemuda dibunuh gara-gara 'tidak endah' teguran jangan tidur di masjid

Iklan
Kejadian tragis itu berlaku pada Jumaat lalu. - Gambar hiasan

SIBOLGA, INDONESIA – Seorang mahasiswa berusia 21 tahun, Arjuna Tamaraya, maut selepas diserang sekumpulan lelaki di Masjid Agung Sibolga, Sumatera Utara, awal pagi Jumaat (31 Oktober) lalu.

Menurut laporan polis, kejadian berlaku sekitar 3.30 pagi waktu tempatan apabila mangsa yang berehat di dalam masjid ditegur oleh seorang lelaki berusia 57 tahun, ZP, yang melarangnya tidur di kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

Mangsa bagaimanapun enggan beredar, menyebabkan suspek berasa tersinggung lalu memanggil empat individu lain termasuk HB ,46 dan SS ,40 untuk bertindak bersama.

“Kesemua suspek memukul mangsa di dalam masjid sebelum menyeretnya keluar hingga kepalanya terhantuk dan tidak sedarkan diri,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Sibolga, AKP Rustam E. Silaban, dalam kenyataan kepada media pada Ahad.

Iklan

Menurutnya lagi, serangan itu berlanjutan apabila salah seorang suspek memijak selain melempar buah kelapa kepada mangsa hingga menyebabkan kecederaan parah di kepala mangsa.

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh penjaga masjid, Alwis Janasfin Pasaribu ,23, yang kemudian membawanya ke Hospital Dr FL Tobing Sibolga.

Iklan

Namun, mangsa disahkan meninggal dunia pada Sabtu (1 November) jam 5.55 pagi waktu tempatan akibat kecederaan teruk di kepala.

Pihak polis berjaya menahan dua suspek, ZP dan HB, di lokasi kejadian pada hari sama, manakala SS ditahan keesokan harinya ketika melarikan diri ke Tapanuli Tengah. SS turut disyaki mencuri Rp10,000 (lebih kurang RM3) daripada poket mangsa.

Antara barangan bukti ialah rakaman CCTV, sebiji kelapa, pakaian mangsa, topi dan beg hitam. Dua lagi suspek masih diburu polis.

Ketiga-tiga suspek yang ditahan disiasat mengikut Pasal 338 Kanun Keseksaan (pembunuhan) dan Pasal 170(3) kerana kekerasan secara beramai-ramai yang menyebabkan kematian.

Suspek SS turut berdepan pertuduhan tambahan di bawah Pasal 365(3) kerana mencuri dengan kekerasan hingga menyebabkan kematian.

Jenazah mangsa telah diserahkan kepada keluarganya dan dikebumikan selepas proses bedah siasat di Hospital Dr. FL Tobing Sibolga.-Agensi