VIETNAM – Seorang lelaki menyerahkan semula sebuah beg berisi wang tunai berjumlah 1 bilion dong (RM150,000) selepas menemuinya di wilayah Ninh Binh pada 23 Januari lalu.
Menurut laporan berita VNExpress, Nguyen Van Huan, 46, menemukan beg itu ketika dia bersama dua rakannya dalam perjalanan ke Hanoi sekitar tengah hari, di tengah jalan berhampiran tol Liem Tuyen.
Iklan
Iklan
Lelaki berkenaan kemudian berhenti untuk mengambil beg karung berwarna putih itu sebelum mendapati terdapat 20 ikatan wang kertas bernilai 50,000 dong (RM8) setiap satu yang dibungkus di dalamnya.
Dia segera menghubungi polis trafik lebuh raya dan meminta bantuan untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi bagi mengesan kenderaan yang telah menjatuhkan wang berkenaan.
Rakaman tersebut menunjukkan bungkusan itu terjatuh daripada sebuah trak pikap di pintu masuk lebuh raya pada tarikh sama ia ditemukan, sebelum pemiliknya berjaya dikesan.
Pemilik wang berkenaan memaklumkan bahawa wang tersebut baru sahaja dikeluarkan dari bank.
Sebagai penghargaan, pemilik wang itu memberikan 5 juta dong (RM760) kepada Huan atas kejujurannya.