Kastam gagalkan tiga cubaan seludup dadah RM6.6 juta

Iklan
Siti menunjukkan dadah jenis kokain yang dirampas JKDM di Pelabuhan Klang, September lalu. Foto: MOHD HALIM ABDUL WAHID

DENGKIL - Sembunyi dadah dalam bungkusan kopi dan mengisytiharkan barang terlarang itu sebagai peralatan ubatan antara tiga kes yang dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) baru-baru ini.

Operasi yang dijalankan oleh Cawangan Narkotik Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat JKDM Putrajaya berjaya merekodkan rampasan 40.778 kilogram (kg) bernilai RM6.64 juta.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan), Siti Mang berkata, kes pertama bertindak atas maklumat Direktorat Jeneral Kawalan Narkotik Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi pada 12 September lalu telah memeriksa sebuah kontena di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.

Menurutnya, pemeriksaan menjumpai sebuah beg hitam berisi 25 bungkusan plastik lut sinar mengandungi serbuk putih mampat disyaki kokain seberat 25.74 kg bernilai kira-kira RM5.14 juta.

Iklan

Siti menunjukkan bungkusan kopi yang digunakan untuk menyorokkan dadah. Foto: MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Keterangan dagangan dalam dokumen perkapalan sebagai diisytihar sebagai 'alat pemeriksaan kesihatan pemantau tekanan darah' dan kontena terbabit dalam status 'transhipment' ke Australia.

Iklan

"Dadah itu didapati dimuatkan dalam dagangan lain bagi mengaburi pihak berkuasa," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Kastam Dengkil di sini pada Khamis.

Bagi kes kedua pada 11 September, Siti berkata, pemeriksaan terhadap sebuah kereta jenis Toyota Camry di Banting, Selangor menemui dadah disyaki MDMA seberat 367 gram dengan anggaran nilai RM61,289.

Katanya, dadah itu disorokkan dalam kompartmen kereta terbabit sebelum pemeriksaan lanjut menemui dua pucuk pistol bersama kelopak peluru dan peluru hidup.

Dua pucuk pistol yang ditemui JKDM dalam sebuah kereta di Banting dengan rampasan dadah, September lalu.

Dalam kes ketiga pula, beliau berkata, JKDM telah menyerbu sebuah gudang syarikat kurier dalam Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 3 September lalu.

"Pemeriksaan tiga kotak parcel menemui bungkusan-bungkusan leraian tumbuhan disyaki kanabis seberat 14.671 kg dengan nilai anggaran RM1.43 juta," ujarnya.

Siti berkata, kanabis itu dibungkus dalam bungkusan 'white coffee' bagi tujuan dieksport melalui kurier udara.

Tegasnya, kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.