Kes bunuh ibu: Suspek dipercayai ada masalah kewangan, polis kesan senjata digunakan

Iklan
Polis mereman seorang lelaki berusia 28 tahun yang merupakan suspek utama kes pembunuhan ibunya di sebuah rumah di Jalan Tanjung Bendahara.

ALOR SETAR – [DIKEMAS KINI] Polis sedang giat mengesan senjata yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian menikam ibunya di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, usaha mengesan senjata berkenaan masih diteruskan bagi membantu siasatan kes.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai bertindak bersendirian ketika melakukan perbuatan menikam mangsa yang juga seorang eksekutif operasi bank sehingga maut.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan masalah kewangan, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya pada Selasa.

Iklan

Jelas beliau, suspek juga dipercayai mempunyai masalah panas baran namun perkara itu masih dalam siasatan dan penelitian pihak polis.

Pada Isnin, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima panggilan daripada anak lelaki mangsa pada jam 8.45 pagi memaklumkan kejadian pembunuhan membabitkan ibunya.

Iklan

Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa, Zahrullail Basir, 52, disyaki mengalami kecederaan akibat tikaman di beberapa bahagian badan serta kecederaan di bahagian kepala.

Suspek berusia 29 tahun itu kemudiannya berjaya ditahan polis pada jam 8.34 malam hari sama ketika menaiki sebuah bas persiaran dalam perjalanan menuju ke Selangor.

Mahkamah Alor Setar membenarkan suspek direman selama tujuh hari bermula 3 sehingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.