Denmark cadang larang penggunaan media sosial untuk kanak-kanak bawah 15 tahun

Iklan
Perdana Menteri Denmark menegaskan bahawa penggunaan telefon pintar dan media sosial telah merampas masa kecil anak-anak. - Gambar hiasan

COPENHAGEN – Kerajaan Denmark mengumumkan cadangan untuk melarang penggunaan media sosial bagi kanak-kanak di bawah usia 15 tahun.

Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen membuat pengumuman tersebut dalam ucapan beliau semasa pembukaan sidang Parlimen.

Iklan
Iklan

Frederiksen menegaskan bahawa penggunaan telefon pintar dan media sosial telah merampas masa kecil anak-anak.

“Sebuah kajian menunjukkan 60 peratus kanak-kanak lelaki Denmark berumur antara 11 hingga 19 tahun kini lebih memilih untuk tinggal di rumah daripada meluangkan masa bersama rakan-rakan mereka,” katanya.

Iklan

Bagaimanapun, cadangan itu tidak dinyatakan secara terperinci platform mana yang akan terlibat atau bagaimana larangan itu akan dilaksanakan.

Di bawah cadangan undang-undang baharu ini, ibu bapa masih diberi kuasa untuk membenarkan anak-anak mereka yang berumur sekurang-kurangnya 13 tahun menggunakan media sosial.

Iklan

Langkah Denmark ini menyusul selepas tindakan tegas oleh Australia, yang pada akhir 2024 telah meluluskan undang-undang melarang penggunaan media sosial bagi kanak-kanak di bawah usia 16 tahun.

Walaupun penguatkuasaan undang-undang tersebut masih belum jelas, larangan itu meliputi platform popular seperti Facebook, Snapchat, TikTok dan YouTube.

Sementara itu, Greece juga mengusulkan agar Kesatuan Eropah (EU) mengenakan had umur penggunaan media sosial di seluruh blok tersebut.

Usul tersebut mencadangkan bahawa akses ke media sosial bagi kanak-kanak hanya boleh dilakukan dengan kebenaran ibu bapa.- Agensi