CARACAS – Pemimpin pembangkang Venezuela, Maria Corina Machado, dengan lantang menyindir kerajaan sementara pimpinan Delcy Rodriguez dengan konotasi negatif.
“Mereka mungkin ada nama lain, tetapi mereka tetap mafia,” kata penerima Hadiah Nobel Keamanan 2025 itu pada Isnin.
Iklan
Iklan
Machado bagaimanapun berkata beliau bersedia bertemu presiden interim tersebut untuk bertukar idea sekiranya terdapat keperluan bagi menentukan ‘garis masa peralihan’.
Rodriguez yang disokong Amerika Syarikat (AS) turut mengumumkan barisan baharu kerajaan dengan melantik beberapa anggota Kabinet dalam kalangan kroni beliau selepas penggulingan Nicolas Maduro pada bulan lalu.
Beliau turut bersemuka dengan Ketua Misi Sementara Washington ke Caracas, Laura Dogu, bagi membincangkan ‘rancangan peralihan’ yang masih menyaksikan campur tangan AS.
Pertemuan itu disahkan oleh Dogu menerusi platform X yang berkongsi perancangan berkaitan ‘penstabilan, pemulihan ekonomi dan perdamaian’ di negara Amerika Latin tersebut.
Pelantikan itu dibuat oleh bekas Naib Presiden berkenaan selepas beliau menyingkirkan sekutu Maduro, termasuk individu yang menerajui kepimpinan tentera. – Agensi