Aksi dramatik bintang bola tampar Jepun mohon maaf tular

Iklan
Warganet turut memuji tindakan Nishida. Foto Agensi

TOKYO - Aksi permohonan maaf dramatik bintang bola tampar Jepun, Yuji Nishida menjadi tular.

Pemain berusia 26 tahun itu sedang menyertai cabaran servis separuh masa pada acara All-Star Liga SV di Kobe apabila salah satu pukulannya tersasar lalu mengenai pengadil wanita yang berada di tepi gelanggang.

Iklan
Iklan

Nishida kemudiannya berlari ke tengah gelanggang melintasi bawah jaring sebelum 'meluncur' dalam keadaan tertiarap ke arah pengadil tersebut.

Pemain tersebut turut melutut dan tunduk beberapa kali untuk memohon maaf atas 'pukulan' yang tidak disengajakan itu.

Iklan

Pengadil berkenaan yang terkejut dengan tindakan spontan itu turut melakukan gerakan menunduk serupa kepada Nishida sebagai simbol menerima permohonan maaf tersebut.

Tindakan permohonan maaf itu turut meraih sorakan dan tepukan penonton serta anggota pasukannya.

Iklan

Gerakan dilakukan Nishida digelar sebagai dogeza iaitu satu bentuk permohonan maaf tradisional komuniti di Jepun yang juga untuk menyatakan penyesalan atau simbol hormat. - Agensi