Dua wanita, seorang remaja hilang

Iklan
Dari kiri: Annusia, Chai Foo Ching dan Sharvinder Kaur

 

IPOH - Polis memohon bantuan orang ramai mengesan dua wanita dan seorang remaja berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang dalam tiga kes berasingan di sekitar bandar raya ini.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kes pertama melibatkan remaja perempuan, Sharvinder Kaur Sohan Singh, 17, yang dilaporkan hilang di kawasan Menglembu.

Menurutnya, Sharvinder Kaur yang beralamat di Lebuh Keledang Utara 5, Taman Arkid, Menglembu, dilaporkan hilang melalui laporan polis di Balai Polis Menglembu.

Iklan

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Kes, Inspektor Zurainie Syamira Mohd Zainudin di talian 017-9558984 atau 05-2451500 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh atau balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kes kedua melibatkan seorang wanita berusia 22 tahun dikenali Annusia Micheal Dass yang dilaporkan hilang di kawasan Taman Silibin, Jelapang.

Iklan

Sebarang maklumat mengenai keberadaan wanita ini boleh disalurkan kepada Pegawai Kes, Inspektor Devendran Balakrishnan di talian 018-9633365 atau menghubungi IPD Ipoh.

Tambah Abang Zainal Abidin, polis juga sedang mengesan seorang lagi wanita, Chai Foo Ching, 45, dengan alamat terakhirnya di Jalan Kelbang Indah 9, Medan Klebang Indah, Ipoh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Penolong Pegawai Kes, Sarjan Muhd Yassier As Syafiq Yaacub di talian 019-4590032 atau menghubungi IPD Ipoh atau balai polis berhampiran," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kesemua individu terbabit agar tampil membantu pihak polis bagi mempercepatkan usaha mengesan mereka.