Pahang terima pengiktirafan LKAN

Iklan
Wan Rosdy.

KUANTAN - Kerajaan Pahang terus mempamerkan prestasi cemerlang apabila menerima pengiktirafan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) menerusi pemberian Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) bagi penyata kewangan tahun lepas sekali gus mengulangi pencapaian sama pada 2023.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kejayaan itu membuktikan kecekapan tadbir urus kerajaan negeri serta pengurusan kewangan yang berteraskan akauntabiliti, ketelusan dan integriti.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia sejajar dengan semangat Aspirasi Pahang 1st.

"Kerajaan Negeri Pahang merakamkan penghargaan atas pengiktirafan Laporan Ketua Audit Negara menerusi pemberian Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) bagi Penyata Kewangan Tahun 2024.

Iklan

"Kerajaan negeri akan terus memperkukuh disiplin fiskal, meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan serta memastikan hasil negeri dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Ujarnya, pencapaian tersebut menjadi pengiktirafan terhadap komitmen berterusan pentadbiran kerajaan negeri dalam membina Pahang yang makmur, berdaya saing dan berintergriti.

Iklan