Pahang tuntut tunggakan premium tanah FGV RM72.3 juta

Iklan
Wan Rosdy semasa ucapan penggulungan pada persidangan DUN di Wisma Sri Pahang, pada Jumaat.

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang akan terus menuntut tunggakan pembayaran premium tanah RM72.364 juta dan denda RM498 juta daripada Felda Global Ventures (FGV).

Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, rundingan telah diadakan bersama FGV dan Felda berhubung tuntutan yang masih belum diselesaikan itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) memutuskan tuntutan premium perlu dibayar terlebih dahulu oleh FGV manakala rayuan denda premium RM498.7 juta akan dibincangkan selepas bayaran premium dibuat.

"Pihak FGV sebelum ini telah mengemukakan surat kepada Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang bagi memohon lanjutan masa sehingga 30 November ini untuk menyelesaikan tunggakan berkenaan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di sini pada Jumaat.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk melanjutkan tempoh tersebut sehingga 30 November ini.

Iklan

Beliau turut mengemukakan surat daripada FGV kepada Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang berkaitan permohonan lanjutan masa bagi menyelesaikan tunggakan bayaran itu.

Bagaimanapun menurutnya, berdasarkan perkembangan terkini, Felda masih belum menerima arahan atau ketetapan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebaliknya perkara itu akan dibentangkan semula dalam mesyuarat Lembaga Felda Januari depan.

"Saya bagaimanapun masih berpegang komitmen sebagaimana dalam surat ini bahawa bayaran itu sepatutnya diselesaikan hujung bulan ini," katanya.