33 bekas ahli GISBH Negeri Sembilan akan jalani program pemulihan

Iklan
Majlis Santuni Kasih Madani diadakan oleh JHEAINS kepada bekas GISBH.

SEREMBAN - Seramai 33 bekas ahli Global Ikhwan Sdn Bhd (GISBH) terdiri daripada ketua dan wakil keluarga akan menjalani program rehabilitasi (pemulihan) selama enam bulan yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Pengarah JHEAINS, Mohd Asri Abdullah berkata, program tersebut akan berlangsung bermula 11 Oktober 2025 hingga Mac 2026.

Iklan
Iklan

"Program ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

"Satu sesi taklimat telah pun dilaksanakan pada 4 Oktober lalu bagi menyantuni seramai 169 bekas ahli melibatkan 69 orang dewasa berumur 18 tahun ke atas dan 79 orang kanak-kanak dan remaja berumur antara 4 hingga 17 tahun," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, kesemua mereka akan menghadiri kelas-kelas pengajian yang menyentuh aspek akidah dan ibadah supaya setiap amalan adalah selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jelas beliau, program berkenaan akan melalui empat fasa iaitu induksi, pemulihan, pemantapan dan khidmat sokongan.

Iklan

"Bagi menjayakannya, JHEAINS bekerjasama erat dengan rakan-rakan agensi strategik daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan dan Polis Diraja Malaysia Negeri Sembilan," katanya.