'Kami tidak akan berhenti' - Sembilan kapal baharu berlayar ke Gaza

Iklan
Sembilan kapal baharu dilaporkan telah tiba di pesisir utara Marsa Matruh, Mesir dan meneruskan pelayaran ke Gaza bagi mencabar sekatan Israel. Foto thousandmadleens.fr/tracker

ANKARA - Pertubuhan antarabangsa ‘Global Sumud Flotilla’ pada Jumaat memaklumkan bahawa sembilan kapal baharu telah tiba di pesisir utara Marsa Matruh, Mesir dan meneruskan pelayaran ke Gaza bagi mencabar sekatan Israel, lapor Anadolu Ajansi.

"Gerakan global mesti diteruskan… di setiap pelabuhan, setiap jalan, setiap dataran.”

Iklan
Iklan

"Kami tidak akan berhenti,” menurut kenyataan flotila di platform X, sambil menjelaskan bahawa sembilan kapal ‘Thousand Madleens Flotilla’ kini telah tiba di utara Marsa Matrouh dan dalam perjalanan ke Gaza.

Pada Khamis, Freedom Flotilla Coalition, FFC berkata, sebanyak 11 kapal lagi sedang belayar menuju Gaza bagi memecahkan sekatan Israel yang telah berlarutan bertahun lamanya.

Iklan

Menurut FFC, kira-kira 100 orang berada di atas bot berkenaan, di pesisir Crete.

FFC yang ditubuhkan pada 2008 telah melancarkan puluhan misi bertujuan menghantar bantuan dan menarik perhatian dunia terhadap krisis kemanusiaan di Gaza yang dikepung Israel.

Iklan

Konvoi terbaharu itu berlepas dua hari selepas tentera laut Israel menyerang dan menawan lebih 40 bot yang belayar ke Gaza serta menahan lebih 450 aktivis di atas kapal.

Israel sebelum ini turut menyerang kapal menuju Gaza, merampas muatannya dan mengusir aktivis yang berada di atas kapal. - Bernama-Anadolu