Internet, kamera kapal Sumud Flotilla digodam

Iklan
Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs melaporkan talian internet kapalnya sudah digodam.

GAZA - Peserta Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs melaporkan talian internet kapalnya sudah digodam.

“Kapal saya dah kena ‘hack’ internet dan kamera. nasib kapal ‘buddies’ kami berdekatan jadi kami pinjam mereka punya,” katanya dalam hantaran di akaun Threads.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, menerusi hantaran kedua, beliau melaporkan talian internet sudah berfungsi semula.

Sementara itu, beberapa peserta GSF turut melaporkan sebilangan kapal asing kini membentuk formasi di laut bagi menghalang laluan kapal membawa bantuan mendarat di perairan Semenanjung Gaza. 

Iklan

Peserta GSF di bawah panji Sumud Nusantara Flotilla, Zainal Rashid Ahmad menyifatkan tindakan itu sebagai cubaan halangan yang jelas bertentangan dengan prinsip kemanusiaan antarabangsa.

Malah Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre, Datuk Dr Sany Araby Abdul Alim Araby turut mengesahkan mereka telah menerima 10 laporan dari kapal flotilla Malaysia bahawa ketika ini sedang berlaku formasi kapal perang regim Israel menghalang dan mengepung kawasan flotilla. 

Iklan

"Semua dimohon untuk mengikuti perkembangan sekarang melalui Flotilla Tracker dan Flotilla CCTV secara langsung," katanya dalam satu kenyataan ringkas. 

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan sebuah kapal yang menyertai misi kemanusiaan GSF ke Semenanjung Gaza sudah melepasi Zon Merah 3.

Pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat yang merupakan antara sukarelawan terbabit dalam misi itu berkata, mereka kini berada 100 batu nautika dari Gaza.

Terdahulu, seramai 23 rakyat Malaysia menyertai misi GSF bagi membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan untuk memecahkan kepungan Israel.