PO, sebut harga tidak tertakluk duti setem berkuat kuasa serta-merta - LHDN

Iklan
LHDN berkata, tiada keperluan untuk sebarang dokumen PO dan sebut harga yang dikeluarkan dalam urusan biasa perniagaan dikemukakan kepada pihak HASiL bagi tujuan penyeteman atau pengendorsan.

CYBERJAYA - Kesemua dokumen 'Purchase Order' (PO) dan sebut harga yang dikeluarkan dalam urusan biasa perniagaan tidak tertakluk kepada duti setem.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam kenyataan berkata, tiada keperluan untuk sebarang dokumen PO dan sebut harga yang dikeluarkan dalam urusan biasa perniagaan dikemukakan kepada pihak HASiL bagi tujuan penyeteman atau pengendorsan.

Iklan
Iklan

Menurut LHDN, ketetapan itu dipersetujui kerajaan bagi mengelakkan kekeliruan, memudahkan urusan serta pematuhan dalam kalangan komuniti perniagaan.

"Layanan duti setem tersebut berkuat kuasa serta-merta dan turut terpakai kepada semua dokumen PO serta sebut harga yang dikeluarkan sebelum tarikh kenyataan media ini dikeluarkan," katanya pada Ahad.

Iklan

LHDN memaklumkan, pihaknya prihatin terhadap kekeliruan yang timbul dalam kalangan komuniti perniagaan berhubung layanan duti setem bagi PO dan sebut harga untuk pembelian serta penghantaran barangan atau perkhidmatan.

Tambahnya, pengenaan duti setem ke atas sesuatu dokumen secara dasarnya mengikut kandungan dan kesan perundangan, bukan nama atau tajuk dokumen tersebut semata-mata.

Iklan

"Sekiranya terdapat kekeliruan berhubung layanan duti setem yang terpakai, pembayar duti digalak mendapatkan panduan daripada pihak HASiL berhubung layanan duti setem berkaitan.

"Langkah ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memudahkan urusan perniagaan selain memastikan kelancaran peralihan kepada Sistem Taksir Sendiri Duti Setem," ujar agensi itu lagi.