Program Ceria Kasih YKN ceriakan sesi persekolahan 2027

Iklan
Seramai 400 murid daripada keluarga kurang berkemampuan dari 25 sekolah di Kuching dan Padawan menerima sumbangan kelengkapan persekolahan 2027.

KUCHING - Seramai 400 murid daripada keluarga kurang berkemampuan dari 25 sekolah di Kuching dan Padawan menerima sumbangan kelengkapan persekolahan menerusi Program Ceria Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di PCC Demak di sini pada Ahad.

Program anjuran YKN dengan kerjasama rakan strategik itu menyediakan baucar pakaian sekolah bernilai RM100 yang boleh ditebus di Mydin, beg sekolah, beg aktiviti kokurikulum dan susu Dutch Lady kepada setiap murid bagi meringankan beban perbelanjaan keluarga menjelang sesi persekolahan 2027.

Iklan
Iklan
Nancy (tiga dari kanan) ketika menyantuni penerima terlibat dalam program berkenaan, pada Ahad.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bantuan itu diharap dapat memberi semangat kepada murid untuk memulakan sesi persekolahan baharu.

"Saya harap bantuan ini memberi semangat kepada anak-anak pada hari pertama persekolahan nanti,” katanya ketika menyempurnakan penyampaian simbolik sumbangan berkenaan.

Iklan

Program itu turut menyediakan sesi sokongan emosi menerusi Mindness Tour Kaunseling Kasih oleh Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) YKN serta perkongsian mengenai hak dan perlindungan kanak-kanak oleh Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK), Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pelajar terlibat turut n mengikuti sesi sokongan emosi menerusi Program Ceria Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di PCC Demak, Kuching, pada Ahad.

Nancy turut mengingatkan ibu bapa supaya memantau penggunaan gajet anak-anak, termasuk aplikasi yang digunakan dan individu yang dihubungi dalam talian, selain menetapkan peraturan penggunaan bersama mereka.

Iklan

Program sama dijadualkan diteruskan minggu depan dengan sumbangan kepada 200 lagi murid di Padawan.