BEIJING - Sekumpulan saintis China berjaya menggabungkan fungsi pengesanan dan kawalan dalam satu mesin bersaiz butiran, sekali gus membuka potensi untuk pemberian dos ubat yang lebih tepat serta pemantauan fisiologi secara 'in-situ', lapor Xinhua.
Penyelidik dari Universiti Sains dan Teknologi Huazhong di wilayah Hubei, tengah China, bersama Universiti China Hong Kong di selatan negara itu, membangunkan robot magneto-ultrasonik berukuran 1.3 milimeter lebar yang boleh mengesan serta mengawal parameter persekitaran seperti daya, getaran, kelikatan dan suhu secara tanpa wayar, menurut laporan yang diterbitkan dalam jurnal 'Science Robotics' minggu ini.