Jepun belum sedia iktiraf Negara Palestin

Iklan
Keputusan Jepun itu dipercayai bagi mengekalkan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat serta mengelakkan ketegangan dengan Israel. - Foto: Agensi

Dipercayai bagi mengekalkan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat serta mengelak ketegangan dengan Israel

TOKYO – Jepun buat masa ini tidak akan mengiktiraf negara Palestin, dipercayai bagi mengekalkan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat serta mengelakkan ketegangan dengan Israel, lapor akhbar Asahi pada 17 September, memetik sumber kerajaan yang enggan dikenali.

Beberapa kerajaan lain, termasuk Britain, Perancis, Kanada dan Australia, telah menyatakan hasrat untuk mengiktiraf Palestin di Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan ini sekali gus menambah tekanan antarabangsa terhadap tindakan Israel di wilayah tersebut.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba dijangka tidak akan menghadiri pertemuan mengenai penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin pada 22 September ini semasa sidang PBB di New York, menurut laporan Asahi.

Beberapa saluran diplomatik telah digunakan oleh Amerika Syarikat untuk menasihatkan Jepun supaya menangguhkan pengiktirafan negara Palestin.

Iklan

Sementara itu, Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot dilaporkan telah mendesak rakan sejawatnya dari Jepun agar memberikan pengiktirafan tersebut, menurut agensi berita Kyodo minggu lalu.

“Jepun sedang menjalankan penilaian menyeluruh termasuk masa dan kaedah yang sesuai mengenai isu pengiktirafan negara Palestin,” kata Menteri Luar Jepun, Takeshi Iwaya dalam satu taklimat akhbar pada 16 September.

Iklan

Dalam mesyuarat PBB pada 12 September, Jepun termasuk antara 142 negara yang mengundi menyokong deklarasi yang menetapkan “langkah konkrit, terikat masa, dan tidak boleh dipulihkan” ke arah penyelesaian dua negara.

Dalam kalangan negara Kumpulan Tujuh (G7), pegawai Jerman dan Itali menyifatkan pengiktirafan Palestin secara serta-merta sebagai 'tidak produktif'. – Agensi