PATI – Seorang lelaki nekad membakar rumah bapa kandungnya kerana berdua-duaan dengan wanita lain.
Motif perbuatan pelaku dikenali sebagai K, 43, didedahkan berdasarkan siasatan awal pihak berkuasa terhadap kejadian di Dukuh Pohlandak, Desa Sumberagung, Kecamatan Jaken, Kabupaten Pati, Jawa Tengah di Indonesia pada Rabu lalu.
Kapolsek Jaken, AKP Warsono berkata, ia berpunca daripada masalah keluarga yang berlarutan untuk tempoh yang lama.
"Pada mulanya K tidak berpuas hati selepas dia dilarang mendiami rumah tersebut. Ibunya yang masih isteri sah Sapin juga diusir," jelasnya.
Konflik keluarga itu memuncak selepas Sutikah yang merupakan adik kepada K yang tinggal berhampiran mahu menghantar makanan.
"Sutikah dihalau ketika dia bertanyakan kepada Sapin tentang wanita itu. Dia kemudiannya mengadu kepada K," ujar Warsono lagi.
Pergaduhan mulut tercetus antara dua beranak tersebut hingga pelaku menyimbah cecair mudah terbakar lalu menyalakan api yang marak hingga membinasakan seluruh struktur kayu berkenaan.
Rumah bapanya musnah terbakar dalam kejadian itu malah K telah menyerahkan diri kepada polis.
Pihak berkuasa masih belum mendakwanya dan hanya dinamakan sebagai saksi kerana siasatan masih dijalankan. - Agensi