'Justin Bieber India' lelaki paling kacak?

Iklan
Penampilan terbaharunya adalah menerusi drama romantik berjudul "Zapuk Zapuk". - Foto Agensi

NEW DELHI - Nama bintang media sosial ini terus meraih perhatian selepas dia diberi gelaran 'Justin Bieber India' kerana gaya rambutnya yang serupa dengan penyanyi dari Kanada tersebut ketika kemunculannya pada awal 2010.

Kandungan spontan yang dihasilkan Suraj Chavan, 30, di platform media sosial telah mengumpulkan jutaan pengikut.

Iklan
Iklan

Chavan mula terkenal selepas memenangi musim kelima"Bigg Boss Marathi" dan dia kemudiannya menceburi bidang lakonan.

Penampilan terbaharunya adalah menerusi drama romantik berjudul"Zapuk Zapuk" (2025).

Iklan

Baru-baru ini, Chavan kembali menjadi tumpuan selepas catatan tular mendakwa dia telah diundi sebagai 'lelaki paling kacak di India'.

Tetapi, dakwaan tersebut telah ditanda sebagai palsu oleh pengguna X menerusi Community Notes.

Iklan

Menurut semakan fakta, tiada laporan sahih yang mengesahkan gelaran tersebut memandangkan tiada undian pernah dijalankan.

Chavan yang dulu pernah menjadi buruh dengan pendapatan 300 rupee (RM13) sehari kini mempunyai pendapatan lebih tinggi memandangkan bayaran dikenakannya untuk aktiviti dalam talian bermula daripada 40,000 rupee (RM1,700) untuk setiap penampilan. - Agensi