Rumah paku di dunia

Iklan
Chongqing China

Pemilik enggan serah kepada pemaju

FENOMENA nail house (rumah paku) merujuk kepada rumah atau bangunan yang kekal berdiri walaupun kawasan sekelilingnya sedang pesat dibangunkan atau dirobohkan.

Istilah ini berasal dari China, menggambarkan sebuah “paku” yang enggan dicabut walau ditekan sekuat mana sekali pun.

Iklan
Iklan

Dalam banyak kes, pemilik menolak tawaran pampasan daripada pemaju atau kerajaan kerana mahu mempertahankan hak tanah, sejarah keluarga atau nilai sentimental kediaman mereka.

Berikut adalah kisah nail house paling ikonik dari seluruh dunia yang pernah menarik perhatian media antarabangsa.

Iklan

1. Chongqing, China

Pasangan pemilik rumah di bandar Chongqing menolak tawaran pampasan walaupun seluruh kawasan sekitarnya sudah dirobohkan untuk projek pusat beli-belah gergasi, menyebabkan rumah mereka dikelilingi tapak pembinaan.

Iklan

Keadaan ini mencetuskan fenomena nail house terkenal di China dan menjadi simbol kebangkitan hak pemilik tanah menentang pemaju yang cuba merampas tanah tanpa persetujuan atau bayaran setimpal.

 

2. Seattle, Amerika Syarikat

Seorang wanita berusia 86 tahun menolak tawaran jutaan dolar untuk rumahnya yang kecil di tengah projek pembangunan kompleks beli-belah di Ballard, menjadikan kediamannya dikelilingi bangunan tinggi moden.

Kes ini mendapat perhatian media antarabangsa dan dianggap sebagai inspirasi filem animasi Up, walaupun Pixar tidak mengesahkannya secara rasmi.

Seattle, AS

 

3. Melbourne, Australia

Sebuah rumah gaya Edwardian dibiarkan berdiri di tengah tapak pembinaan projek pangsapuri tinggi selepas pemiliknya menolak tawaran pemaju untuk menjual dengan harga lumayan.

Akhirnya pemaju membina struktur moden setinggi 12 tingkat mengelilingi rumah tersebut tanpa menyentuh reka bentuk asalnya yang berusia lebih 100 tahun.

Melbourne, Australia

 

4. Guangzhou, China

Pasangan suami isteri menolak pampasan bagi projek lebuh raya enam lorong,mengakibatkan rumah tiga tingkat mereka kekal di tengah jalan raya baharu dengan trafik laju mengalir di kiri dan kanan.

Imej rumah terasing itu menjadi tular di media sosial China dan menimbulkan perdebatan tentang hak pemilik tanah dan kuasa kerajaan dalam pembangunan.

Guangzhou, China

 

5. Wenling, China

Sebuah rumah berdiri di tengah jalan raya di bandar Wenling, wilayah Zhejiang pada 2012 selepas pasangan warga emas, petani itik Luo Baogen dan isterinya enggan menjual kediaman mereka yang dibina dengan kos tinggi berbanding tawaran pampasan.

Kediaman itu menjadi satu-satunya rumah yang kekal ketika kawasan kejiranan lain dirobohkan bagi projek stesen kereta api dan jalan baharu ke stesen tersebut.

Wenling, China

 

6. Nanjing, China

Sebuah rumah teres lama menjadi tumpuan apabila pemiliknya enggan berpindah bagi projek pusat membeli-belah baharu, memaksa pemaju menukar pelan binaan bagi mengelilingi kediaman itu.

Keengganan pemilik menunjukkan keberanian menentang tekanan pihak berkuasa dan menjadi simbol perjuangan rakyat biasa mempertahankan hak mereka.

Nanjing, China

 

7. Irifune, Tokyo, Jepun

Sebuah rumah kedai tiga tingkat di Irifune, Tokyo digelar ‘nail house’ kerana kekal berdiri walaupun dikelilingi bangunan bercampur 14 tingkat yang siap dibina ketika kemuncak ekonomi melonjak pada 1990.

Pemilik dipercayai menolak tawaran lumayan untuk menjual hartanah tersebut ketika nilai tanah mencecah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding sekarang.

Irifune, Tokyo

 

8. Atlantic City, New Jersey, AS

Rumah milik Vera Coking di Atlantic City pernah menjadi simbol penentangan terhadap projek pembangunan besar apabila beliau menolak tawaran jutaan dolar daripada pemaju kasino.

Kediaman dua tingkat itu kekal berdiri walaupun dikelilingi hotel dan kompleks hiburan moden, menarik perhatian media serta pelawat sebagai contoh klasik “nail house” di Amerika Syarikat. - Agensi

Atlantic City, New Jersey, AS