Kebebasan bersuara vs kepentingan dasar pendidikan

Iklan
Kenyataan UM yang dikongsikan di Facebook rasmi universiti itu mengenai isu sistem matrikulasi yang dikeluarkan UMANY.

TUNTUTAN Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) mengenai pemansuhan sistem matrikulasi dan menggunakan Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM) sebagai aliran tunggal mencetuskan perdebatan mengenai dasar pendidikan dan peranan institusi pengajian tinggi (IPT).

Kenyataan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu yang menegaskan bahawa tuntutan persatuan itu walau bagaimanapun tidak mencerminkan pendirian rasmi universiti berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau menjelaskan, terdapat kekeliruan dalam kalangan masyarakat melibatkan suara individu atau kumpulan pelajar dan pendirian institusi rasmi.

Kebebasan bersuara di kampus universiti adalah unsur penting dalam memupuk perdebatan intelektual serta kritikal, dan UM mengiktiraf tindakan itu sebagai sebahagian daripada nilai intelektualisme.

Iklan

Di sebalik kebebasan itu perlu ada batasan ekoran kenyataan yang dilontarkan mungkin mempengaruhi sensitiviti dasar awam, menimbulkan kekeliruan atau ketegangan dalam masyarakat atau pihak berkepentingan.

Justeru tanggungjawab merupakan aspek yang perlu diiringi bersama kebebasan yang diberikan.

Iklan

Malah UM dalam kenyataannya mempertahankan sistem matrikulasi adalah satu mekanisme terbukti berperanan menyediakan akses pendidikan tinggi kepada pelajar daripada pelbagai latar belakang.

Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang etnik dan wilayah menghadapi cabaran dalam memastikan akses pendidikan adil dan saksama.

Oleh itu matrikulasi dianggap sebagai antara laluan tambahan bagi mereka yang mungkin tidak mendapat peluang yang sama jika hanya STPM dijadikan laluan tunggal.

Justeru pendirian UM jelas menuntut IPT untuk berhati-hati dalam menyuarakan atau dikaitkan dengan dasar pendidikan negara.

Pada masa sama, kerajaan dan masyarakat perlu terus berdialog dan menilai dasar seperti matrikulasi supaya keadilan pendidikan benar-benar dapat dicapai tanpa menghakis kualiti atau membuka jalan kepada ketidakadilan baharu.