Sindiket curi kabel: Jenayah bersenjata, hukuman terlalu ringan

Iklan
Pendedahan Sinar Harian mengenai sindiket curi kabel tren membongkar satu bentuk jenayah infrastruktur yang kini semakin berani dan berbahaya. 

PENDEDAHAN Sinar Harian mengenai sindiket curi kabel tren membongkar satu bentuk jenayah infrastruktur yang kini semakin berani dan berbahaya.

Kegiatan yang sebelum ini dianggap kecurian biasa telah berevolusi menjadi jenayah terancang, malah melibatkan penggunaan senjata api dan senjata tajam seperti pistol dan parang.

Iklan
Iklan

Rakaman dipaparkan menunjukkan penjenayah memanjat jejambat, bersembunyi di ruang sempit dan beroperasi pada waktu malam sebelum memotong kabel hidup berkuasa tinggi.

Tindakan ini bukan sahaja mengancam nyawa mereka sendiri, malah meletakkan petugas dan pengguna tren dalam risiko keselamatan yang serius.

Iklan

Faktor utama jenayah ini berleluasa ialah lonjakan harga tembaga di pasaran serta kelemahan undang-undang sedia ada.

Walaupun kerugian dialami pengendali pengangkutan mencecah hampir RM30 juta dalam tempoh lima tahun, hukuman yang dikenakan sering kali sekadar denda sekitar RM1,000 atau penjara singkat.

Iklan

Ketidakseimbangan ini menjadikan jenayah curi kabel berisiko rendah tetapi berpulangan tinggi kepada sindiket.

Kesan kecurian kabel turut dirasai rakyat apabila perkhidmatan tren terganggu, kos pemulihan meningkat dan keyakinan terhadap pengangkutan awam terjejas.

Lebih membimbangkan, pemotongan kabel hidup berpotensi mencetuskan kemalangan besar sekiranya tidak dibendung segera.

Isu ini menuntut tindakan lebih tegas, termasuk semakan semula hukuman, penguatkuasaan bersepadu serta perlindungan lebih ketat terhadap infrastruktur kritikal negara.

Selagi undang-undang kekal longgar, selagi itulah sindiket ini akan terus bermaharajalela.