Akekchep Royal Belum jana pendapatan Orang Asli Jahai

Iklan
Akekchep Royal Belum jana pendapatan Orang Asli Jahai. FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB (Gambar kecil: Mustafa)

GERIK - Pembukaan pusat ekopelancongan Akekchep Sungai Tiang di Taman Negeri Royal Belum terbukti berjaya meningkatkan ekonomi komuniti setempat, khususnya Orang Asli kaum Jahai sejak diperkenalkan pada 2016.

Setiausaha Pengurusan Akekchep, Mustafa Ramli, 39, berkata, seramai 115 staf operasi yang terdiri daripada penduduk Kampung Sungai Tiang bertanggungjawab memastikan santuari ikan kelah dan tengas dijaga sebaik mungkin memandangkan habitat kedua-dua spesies air tawar itu perlu sentiasa terpelihara.

Iklan
Iklan

Disebabkan lokasi berkenaan semakin mendapat perhatian saban tahun, menurut Mustafa, pihaknya tidak menang tangan melayani tetamu yang datang menyinggah dan bermalam di Akekchep.

Pengunjung dinasihatikan supaya tidak memegang ikan kelah dan tengas lebih dari tiga saat ketika mandi bersama-sama. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.

Iklan

“Dari segi kekerapan kedatangan pengunjung, memang nampak peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu sekitar lima hingga enam kali lawatan berkumpulan dalam sebulan.

“Boleh dikatakan sewaktu awal-awal tempat ini dibuka, ikan sungai sangat sedikit. Sekarang memang banyak kerana tiada aktiviti tangkapan dan bom ikan.

Iklan

“Dengan pertambahan jumlah pengunjung setiap tahun, ini sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat. Iyalah, kami diberi kerja dan disediakan elaun,“ katanya.

Aktiviti 'tubing' antara yang menjadi permintaan ramai ketika datang menyinggah ke Akekchep. FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian dalam lawatan media tiga hari dua malam bersama WWF-Malaysia dan Maybank ke Taman Negeri Royal Belum baru-baru ini.

Diperkenalkan oleh Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB), Akekchep membawa maksud ‘dilarang’ atau ‘jangan tangkap’ dalam bahasa Orang Asli Jahai.

Ia terbahagi kepada empat zon sepanjang 11.31 kilometer (km) merentasi Sungai Tiang, antaranya zon merah kawasan larangan menangkap ikan, zon hijau dibenarkan memancing, zon biru dikhaskan untuk aktiviti memancing sukan komersial manakala zon kuning membenarkan aktiviti memancing tahunan yang dikenali sebagai ‘Chepkomkom’.

Pemandangan padang ragut iaitu kawasan hidupan liar mencari makanan di sepanjang Sungai Tiang, laluan utama ke Akekchep. FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Dalam melaksanakan pengurusan kawasan tadahan Tasik Temengor, TNB menjadi penggerak utama inisiatif Akekchep bagi menjaga biodiversiti hutan berusia ratusan juta tahun itu.

Antara aktiviti yang disediakan buat pengunjung termasuk merentas hutan (jungle trekking), menaiki bot, memberi ikan makan, berakit, tubing, lawatan ke taman herba sekitar Akekchep, demonstrasi ikhtiar hidup masyarakat Jahai dan menyumpit.

Mustafa memaklumkan, semua lawatan ke pusat perlindungan tersebut dikendalikan oleh Koperasi Orang Asli Sungai Tiang (KOAST).

Pengunjung tidak akan puas melihat kehijauan panorama Royal Belum. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.

“Untuk pantang larang pula, kami menasihati pengunjung supaya tidak memegang ikan kelah dan tengas lebih daripada tiga saat ketika mandi bersama-sama.

“Kalau nak dukung untuk ambil gambar kenangan boleh sahaja kerana ikan ini jinak, cuma jangan terlalu lama bimbang mati pula,“ ujarnya.