Reban ayam, itik haram dalam premis

Iklan
Sebuah premis di Pusat Bandar Utara, Selayang diarahkan tutup serta-merta selepas didapati menyimpan ayam dan itik dalam keadaan kotor

KUALA LUMPUR - Sebuah premis di Pusat Bandar Utara, Selayang diarahkan tutup serta-merta selepas didapati menyimpan ayam dan itik dalam keadaan kotor serta melanggar peraturan kebersihan.

Dalam operasi sitaan hasil aduan tular di media sosial itu, pasukan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati premis berkenaan melakukan pelbagai kesalahan serius.

Iklan
Iklan

Antaranya, pemilik menyimpan ayam hidup dalam premis perniagaan, mengalirkan darah ayam ke longkang awam, membina reban ayam di dalam kawasan perniagaan serta membiarkan persekitaran dipenuhi najis haiwan hingga menimbulkan bau busuk.

“Sebanyak 110 ekor haiwan terdiri daripada 99 ekor ayam dan 11 ekor itik telah disita oleh Unit Kawalan Pest DBKL,” kata pihak berkuasa tempatan itu dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa.

Iklan

Pemilik premis turut dikenakan kompaun kerana mengalirkan darah ayam ke longkang awam.

Selain penutupan premis, notis penghapusan kacauganggu turut dikeluarkan bagi memastikan kawasan berkenaan dibersihkan daripada najis haiwan serta struktur reban dirobohkan.

Iklan

DBKL menegaskan, pemantauan dan operasi bersepadu akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa demi memastikan kesihatan awam, kebersihan bandar dan kesejahteraan warga kota sentiasa terjamin.