'Sumbangan Karangkraf ringankan beban, beri kekuatan kepada keluarga kami'

Iklan
Firdaus (tiga dari kanan) bersama Hussamuddin (dua dari kanan) dan Akmal Eirfan (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Rafidah dan anak-anaknya.

SHAH ALAM - Keprihatinan Karangkraf menjadi sinar buat keluarga Allahyarham Fatah Ariffin Awang apabila sumbangan disalurkan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung selepas genap dua bulan pemergian insan tersayang.

Fatah Ariffin, 50, yang bertugas di Bahagian Logistik Ultimate Print Sdn Bhd (UPSB) menghembus nafas terakhir selepas lima hari menerima rawatan angioplasty (prosedur memasukkan sten dalam salur darah ke jantung) pada 11 Novermber 2025.

Iklan
Iklan

Dia yang berasal dari Kemaman, Terengganu awalnya dilaporkan mengalami sakit dada ketika dalam tugasan menghantar barang ke Melaka sebelum dimasukkan ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan lanjut pada 6 November lalu.

Isteri Allahyarham, Rafidah Shaharudin, 48, menzahirkan rasa terharu dengan sumbangan dan sokongan yang diberikan meskipun suaminya baru empat tahun berkhidmat di syarikat berkenaan.

Iklan

Waris keluarga Allahyarham Fatah tidak dapat menahan sebak ketika menyaksikan tayangan video pada Majlis Penyampaian Sagu Hati di Karangkraf pada Jumaat.

Suri rumah itu berkata, sumbangan yang diterima sedikit sebanyak membantu keluarganya meneruskan kehidupan selepas kehilangan ketua keluarga.

Iklan

“Pemergian secara tiba-tiba itu memberi tamparan hebat terutama buat tujuh anak kami serta dua cucunya yang begitu rapat dengan arwah.

"Kami amat bersyukur atas keprihatinan Karangkraf dan sumbangan ini bukan sahaja meringankan beban, malah memberi kekuatan kepada kami untuk terus tabah menghadapi dugaan ini," katanya selepas Majlis Penyampaian Sagu Hati Kepada Waris di Dewan Karangkraf di sini pada Jumaat.

Inisiatif sumbangan tersebut disampaikan Pengerusi Karangkraf, Firdaus Hussamuddin bersama Penasihat Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Pengarah Eksekutif (Korporat, Kewangan dan Pengurusan Risiko) Karangkraf, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi.

Hussamuddin ketika berucap menzahirkan penghargaan atas khidmat Allahyarham yang bertugas dengan Karangkraf sejak 2021.

Sementara itu, Hussamuddin berkata, sumbangan tersebut merupakan hadiah bagi meringankan beban lebih-lebih lagi empat anak arwah yang masih bersekolah.

"Karangkraf sebuah syarikat prihatin dalam memastikan keluarga kakitangan yang meninggal tidak terabai, sumbangan ini diharapkan dapat disimpan untuk kegunaan pendidikan masa depan anak-anak.

"Anggaplah sumbangan ini peninggalan kasih sayang arwah untuk anak-anak dan terima kasih puan kerana sentiasa beri sokongan sepanjang arwah bertugas dengan kami," ucap beliau.

Untuk rekod, Fatah mula berkhidmat dengan Karangkraf sejak 20 November 2021.

Allahyarham dikurniakan tujuh anak berusia 12 hingga 26 tahun hasil perkongsian hidupnya dengan Rafidah selama 27 tahun.