Bayi meninggal dunia dua kali sempat bernyawa semula selama 48 jam

Iklan
Jasad bayi itu hanya diletakkan di dalam kadbod ketika kematian pertama. Foto Agensi

DAVAO CITY - Sebuah keluarga masih bersedih dengan kematian 'dua kali' bayi lelaki mereka.

Bayi pramatang tersebut dilahirkan pada 23 Ogos lalu di dalam basikal roda tiga di dikejarkan ke hospital di Davao City, Filipina oleh pasukan kecemasan 911.

Iklan
Iklan

Pada mulanya, doktor cuba menyelamatkannya, namun diisytiharkan meninggal dunia.

Jasadnya dimasukkan ke dalam kotak kadbod dan dihantar ke rumah keluarganya di Brgy Gumalang.

Iklan

Keluarganya terkejut selepas membuka kotak itu dan mendapati bayi tersebut masih bernafas dan mereka segera menghantarnya ke hospital semula dan ditempatkan di dalam inkubator.

Bayi seberat 800 gram sempat itu bernyawa selama dua hari sebelum 'meninggal dunia' sekali lagi.

Iklan

Ketua Pusat Perubatan Selatan Filipina (SPMC) Dr Ricardo Audan menjelaskan bayi itu mungkin mengalami fenomena jarang berlaku iaitu sindrom Lazarus.

"Kotak kadbod itu mungkin telah membantu untuk mengekalkan haba tubuh bayi itu dan secara tidak sengaja mewujudkan persekitaran terma yang stabil," ujarnya.

Menurutnya, ia adalah kejadian pertama di SPMC.

Keluarga bayi itu bagaimanapun menzahirkan rasa kecewa dengan cara hospital menangani situasi berkenaan kerana masih terdapat kesan darah pada kulitnya ketika dihantar pulang.

Tetapi, Audan menyatakan kulit bayi baru lahir terlalu sensitif dan ia berisiko cedera jika proses pembersihan dilakukan secara menyeluruh. - Agensi

Info:

>Sindrom Lazarus atau resusitasi spontan adalah keadaan di mana pesakit kembali bernyawa selepas disahkan meninggal dunia. Ia pertama kali dilaporkan dalam kesusasteraan perubatan pada 1980 dan istilah Lazarus mula digunakan pada 1993.