Trump salahkan pembantu sebar video perkauman Obama

Iklan
Donald Trump.- Agensi

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menegaskan beliau membuat keputusan untuk menyiarkan video yang kini telah dipadam memaparkan bekas Presiden Barack Obama dan isteri Obama, Michelle sebagai monyet, kerana 'khilaf' yang dilakukan oleh seorang pembantunya.

Video pendek itu dikongsi lewat malam Khamis melalui akaun Truth Social Trump dan mengandungi elemen konspirasi mengenai pilihan raya 2020.

Iklan
Iklan

Video itu menggunakan stereotaip perkauman, memaparkan wajah Obama dan Michelle diletakkan pada badan kartun monyet menari mengikut lagu The Lion Sleeps Tonight.

Berucap kepada wartawan di Air Force One, Trump berkata, beliau hanya menonton sebahagian video sebelum menyerahkannya kepada seorang staf yang tidak dinamakan untuk dikongsi.

Iklan

Trump menegaskan beliau tidak akan memberhentikan staf tersebut dan menolak untuk memohon maaf kerana menganggap beliau tidak melakukan kesilapan.

“Saya hanya lihat bahagian awal. Ia mengenai penipuan pengundi dan mesin pilihan raya – bagaimana ia curang dan menjijikkan.

Iklan

"Kemudian saya serahkan kepada staf, biasanya mereka akan menonton keseluruhan, tetapi saya rasa ada yang tidak, lalu ia dikongsi. Kemudian kami padamkannya,” kata Trump.

Pendedahan Trump menimbulkan persoalan dalam lingkarannya mengenai siapa yang sebenarnya menekan butang 'post'.

Hanya dua pembantu lain mempunyai akses ke akaun media sosialnya iaitu Dan Scavino dan Natalie Harp.

Penasihat Trump menolak Scavino kerana beliau sibuk mengurus pejabat personel presiden manakala tumpuan kini tertumpu kepada Harp, yang pernah terlibat dalam komunikasi Trump sebelum ini.

Harp, 35, adalah antara pembantu paling setia Trump. Beliau menyertai kempen pemilihan semula 2024 sejak awal dan dikenali sebagai 'Human Printer' kerana sering membawa pencetak mudah alih dan toner tambahan bagi memberikan Trump tweet dan artikel berita dalam bentuk cetakan .- Agensi