[VIDEO] Jasad Syamsul Haris dalam keadaan baik, bedah siasat kedua dijalankan esok

Iklan

KAJANG – [DIKEMAS KINI] Jasad pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin ditemui dalam keadaan baik ketika proses penggalian semula dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu pagi Jumaat.

Peguam keluarga, Datuk Naran Singh Ara Singh berkata, proses penggalian bermula jam 8.45 pagi melibatkan empat penggali kubur sebelum jasad arwah berjaya dikeluarkan pada jam 9.22 pagi.

Iklan
Iklan

Peguam, Datuk Naran Singh Ara Singh.

"Jasad arwah berada dalam keadaan baik. Selepas dikeluarkan, jenazah dibungkus khas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan terus dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi pemeriksaan awal.

Iklan

"Bedah siasat penuh akan dijalankan jam 9 pagi esok (Sabtu) di IPFN," katanya ketika sidang akhbar di lokasi tanah perkuburan pada Jumaat.

Menurut beliau, keluarga berpuas hati dengan kelancaran proses itu yang turut disaksikan tiga pakar forensik dari IPFN HKL.

Iklan

Peguam, Datuk Naran Singh Ara Singh.

Menurut beliau, keluarga berpuas hati dengan perjalanan proses penggalian semula yang turut disaksikan tiga pakar forensik IPFN HKL serta pakar forensik keluarga, Datuk Seri Dr Bhupinder Singh.

Sebelum ini, ibu arwah, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, mendakwa melihat kesan kecederaan pada tubuh anaknya, termasuk mata, hidung berdarah, luka di dada serta lebam.

"Bagaimana Menteri Pertahanan boleh maklumkan tiada kecederaan dialami arwah.

"Pastinya seorang ibu berasa sedih dan akan terus menuntut keadilan," katanya.

Dalam pada itu, Naran menolak dakwaan perkhidmatannya sebagai peguam mahal dengan menegaskan beliau mewakili keluarga secara pro bono.

"Saya lakukan ini percuma, demi keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa, kaum atau agama," katanya.