Mukmin sejati tidak mungkiri janji

Iklan
PENGASAS Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Datuk Dr Hussamuddin Yaacub (tengah) bergambar selepas Sesi Taklimat Sinergi Media Malaysia #QuranHour 2025 di Seksyen 15, Shah Alam baru-baru ini. Foto BERNAMA

MTHQA#QuranHour mengupas mendalam surah as-Saf, menyeru umat Islam bersatu membentuk perpaduan dalam saf yang jitu

SURAH as-Saf merupakan satu surah yang dibincangkan secara mendalam dan menjadi fokus utama pada MTHAQ#QuranHour yang diadakan bersempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa 2025 (MTHAQ) pada baru-baru ini.

Memulakan tadabbur surah ke-61 itu, pentadabbur, Dr Mohd Shafiq Sahimi menjelaskan, surah yang diturunkan di Madinah itu sarat dengan seruan penyatuan umat Islam selain membincangkan mengenai sikap jujur orang beriman.

Iklan
Iklan

“ALLAH SWT memulakan ayat pertama dalam surah ini dengan perkataan tasbih yang bermaksud seluruh makhluk-NYA di bumi termasuk di daratan dan lautan, para malaikat dan jin, semuanya bertasbih kepada ALLAH.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) itu kemudiannya memberikan tip kepada umat Islam agar memperbanyakkan tasbih kepada ALLAH SWT seperti mana diajarkan Nabi Muhammad SAW.

Iklan

DR MOHD SHAFIQ

Rasulullah SAW bersabda: “Dua kalimat yang ringan diucapkan tetapi berat timbangannya dan disenangi oleh ALLAH SWT YANG MAHA PENGASIH iaitu Subhanallah wa bihamdihi subhaanallaahil azhim (MAHA SUCI ALLAH dengan segala pujian-NYA dan MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA AGUNG)." (Hadis Riwayat Muslim)

Iklan

Teguran ALLAH buat orang beriman

Meneruskan tadabburnya, Dr Shafiq menghuraikan melalui ayat kedua, ALLAH SWT memberi teguran khusus kepada orang-orang beriman agar tidak berkata-kata sesuatu yang tidak dilaksanakan.

“Maka jadilah seorang Mukmin yang benar-benar ikhlas kepada ALLAH iaitu berusaha menunaikan setiap apa yang kita ucapkan kerana ia merupakan sifat Mukmin yang benar di sisi-NYA,” jelasnya.

Beliau kemudiannya mengingatkan bahawa kemurkaan ALLAH SWT amat besar terhadap mereka yang hanya tahu berjanji tanpa melaksanakannya.

ALLAH mencintai saf tersusun

“Pada ayat keempat ALLAH menyeru semua orang yang beriman untuk bergerak dan berusaha di atas jalan agama melalui satu saf, berkumpulan, kolektif dan saling menguatkan.

BARISAN pentadabbur dan qari MTHQA#QuranHour 2025. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

“Apa pun agenda yang kita mahu jayakan, sama ada agenda di dalam rumah tangga, di kampung, dalam negeri atau dalam negara, semuanya tidak akan berjaya kalau tidak berganding bahu menjayakan misi tersebut di dalam satu saf,” jelasnya lagi.

Konsep saf ini bukan sahaja diguna pakai dalam solat, bahkan ia merangkumi seluruh aspek kehidupan, ujarnya.

Teladan Hawariyyun

Beliau kemudiannya membawakan contoh kumpulan yang digelar Hawariyyun iaitu pengikut setia Nabi Isa AS yang bersumpah setia dan berjanji menjadi penolong agama ALLAH.

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\'im Mokhtar (depan lima dari kanan) bersama tetamu dan peserta MTHQA#QuranHour 2025 di Kuala Lumpur baru-baru ini. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Katanya, dengan semangat itu mereka mencapai kejayaan dalam perjuangan walaupun berdepan dengan masyarakat yang menolak kebenaran.

Ujarnya, kejayaan umat Islam tidak mungkin dicapai secara bersendirian, sebaliknya dengan kesatuan dan perpaduan untuk meninggikan kalimah ALLAH.