[VIDEO] 'Ingat bunyi guruh, rupanya gegaran!' – Penduduk kongsi detik cemas

Iklan

SEGAMAT – “Ini bukan kali pertama, tahun lepas sahaja saya sudah rasa tujuh kali.”

Demikian kata peniaga, Ahmad Asri Talib, 52, yang tinggal di Taman Pawana, Kampung Tengah, Segamat menceritakan pengalaman berdepan gegaran gempa bumi yang pernah dilaluinya.

Iklan
Iklan

Gempa bumi lemah 4.1 magnitud dikesan di Segamat, Johor awal pagi Ahad. Foto Facebook MetMalaysia (Gambar kecil: Ahmad Asri)

Katanya, kejadian pada pagi Ahad, sekitar jam 6.15 menyebabkan tingkap dan pintu rumahnya bergegar seakan-akan ditendang.

Iklan

“Mula-mula ingatkan bunyi guruh kerana bunyinya sangat kuat. Tetapi selepas itu bunyi tingkat dan 'sliding door' bergegar seakan ditendang lebih kurang dalam tempoh 20 saat.

"Tidak lama selepas itu saya keluar rumah dan nampak jiran-jiran keluar rumah dan suasana jadi kecoh, barulah saya sedar memang ada gegaran," katanya ketika ditemui pada Ahad.

Iklan

Menurut Ahmad Asri, dia tidak menyangka berlaku gegaran seterusnya pada jam 9 pagi ketika berada di sebuah kedai makan di Pekan Jabi untuk bersarapan.

“Kali ini anak saya pucat, tapak kaki pun terasa getarannya. Saya sendiri rasa pening.

"Dalam tempoh kurang tiga jam berlaku lagi gegaran. Saya rasa agak terkejut dan saya memeriksa amaran gempa bumi dan tsunami di laman Jabatan Metrologi, tetapi tiada amaran tsunami," ujarnya.

Jelasnya, gegaran gempa bumi kali ini mengingatkan gegaran yang berlaku pada tahun lalu yang turut terjadi di Segamat.

"Enam hingga tujuh kali gegaran saya rasa, yang mana setiap kali gegaran tingkap dan pintu bergegar mungkin dalam dua saat.

"Biasanya orang ingat ada letupan kuari. Setahu saya, Segamat tidak mempunyai kuari cuma di daerah ini banyak bukit dan berbatu-batu.

Ahmad Asri berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya dengan memasang alat pengesan gempa bumi sebagai langkah awal mengesan sebarang gegaran di Segamat.