Satu kes jangkitan tibi babit murid di Pontian - Exco
Iklan
AZNAN
PONTIAN - Satu kes jangkitan Tuberkulosis (tibi) disahkan berlaku membabitkan seorang murid di sebuah sekolah di daerah ini.
Exco Pendidikan dan Penerangan, Aznan Tamin berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mengesahkan perkara tersebut dengan tindakan segera sudah diambil.
Iklan
Iklan
“PKD Pontian telah mengenal pasti semua kontak rapat dan mereka diminta hadir ke Klinik Kesihatan Pontian untuk menjalani saringan kesihatan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Selain itu, sebagai langkah pencegahan awal, tindakan sanitasi serta pembersihan menyeluruh akan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko," ujarnya dalam kenyataan pada Isnin.
Iklan
Dalam pada itu, Aznan turut mengingatkan semua sekolah perlu sentiasa mematuhi arahan dan garis panduan KKM bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat.
“Kesihatan dan keselamatan murid serta guru adalah keutamaan kami. Kerjasama semua pihak amat penting untuk memastikan langkah pencegahan ini dilaksanakan dengan berkesan,” tambahnya lagi.
Iklan
Pada Khamis, enam murid di sekolah daerah Kota Tinggi disahkan menghidap tibi hasil saringan kontak rapat yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM), namun keadaan dilaporkan terkawal dengan kesemua murid terlibat kini menerima rawatan dan pemantauan rapi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>