SPRM lumpuhkan sindiket rokok haram, kerajaan rugi RM250 juta hasil cukai

Iklan
SPRM melumpuhkan beberapa syarikat penyeludupan rokok dan cerut, dengan kerugian cukai kerajaan mencecah RM250 juta antara 2020 hingga 2024.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melumpuhkan beberapa syarikat yang dipercayai terlibat dalam penyeludupan rokok dan cerut, yang menyebabkan kerajaan kerugian lebih RM250 juta hasil cukai di antara 2020 dan 2024.

Sebelum ini, beberapa pegawai perisikan tentera disyaki membocorkan maklumat operasi ketenteraan kepada penyeludup dan bersekongkol dengan sindiket untuk membawa masuk barangan larangan seperti dadah, rokok dan lain-lain dari negara jiran ke Malaysia

Iklan
Iklan

Penyeludupan rokok haram di Malaysia yang melibatkan berbilion ringgit merupakan masalah yang membimbangkan dan akan memberi impak besar terhadap ekonomi, masyarakat serta ekosistem.

Kajian terbaru oleh Nielsen pada bulan Mei 2025 mengesahkan bahawa 55 peratus atau enam daripada sepuluh bungkus rokok yang dijual di Malaysia adalah rokok seludup dan tidak bercukai.

Iklan

Rokok ini adalah keluaran dari Vietnam, China dan Indonesia, dan pasaran kini adalah untuk kontena 40 kaki persegi yang terdiri daripada 1000 master case (mengandungi 50 karton x 10 paket x 20 batang) atau 10 juta batang. Apabila dijual di Malaysia, sindiket penyeludupan akan mendapat keuntungan sebanyak RM2 juta bagi setipa kontena.

Kajian juga menunjukkan bahawa sindiket-sindiket ini telah mengaut pendapatan kira-kira RM5 bilion daripada urus niaga rokok haram, manakala kerajaan pula setiap tahun kehilangan tambahan RM2 bilion dalam duti tidak berbayar daripada aktiviti penyeludupan ini.

Iklan

Penyelidikan oleh IDEAS beberapa tahun lalu, menyatakan kekurangan ketelusan dan rasuah adalah di antara punca ketirisan penyeludupan rokok haram. Penguatkuasaan dan undang-undang yang lemah mendorong penyeludupan berleluasa.

Tambahan pula perniagaan secara haram ini memberi keuntungan yang sangat lumayan berbanding dengan hukuman yang dikenakan adalah kecil.

Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) mempunyai seorang Ketua Pengarah, Datuk Anis Rizana Mohd Zainuddin, yang didakwa oleh Wong Chun Wai sebagai “wanita yang hebat”. Beliau telah banyak memperbaiki kelemahan di JKDM tetapi memerlukan kerjasama daripada semua peringkat.

Melihat kepada ketokohan dan pengalaman beliau sebagai mantan Timbalan Setiausaha Kementerian Kewangan dan Pengarah Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (NKRA Membanteras Rasuah), membantu beliau membawa JKDM kepada suatu tahap integriti yang boleh dibanggakan.

Rasuah di dalam sesebuah organisasi bukan sahaja boleh mencemarkan imej dan nama baik negara tetapi juga menjejaskan pegawai lain yang jujur dan berdedikasi.

Adalah penting bagi kepimpinan melalui teladan diutamakan dengan melaksanakan langkah-langkah yang boleh meningkatkan lagi integriti dan memastikan budaya akauntabiliti bergerak ke hadapan.

Apabila peraturan baharu diperkenalkan di beberapa pelabuhan dan kegiatan operasi pencegahan penyeludupan rokok haram, jumlah rokok haram di Pelabuhan Klang, Johor dan Malaysia Timur telah berkurangan. Penyeludup rokok haram telah beralih ke kawasan kawasan persisir pantai.

Modus operandi penyeludupan rokok yang dibawa melalui jalan laut menggunakan kapal bekalan besar, berada di perairan antarabangsa, kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia (dari Terengganu ke Johor) sebelum dipunggah dengan bot bot kecil ke darat, di antara 500 hingga 1000 karton. Kuala Besut juga dikatakan “hot spot” punggah memugah ini rokok haram tersebut.

Bot-bot kecil ini akan mendarat di pantai dan beberapa jeti persendirian. Bagaimanapun, apabila kapal bekalan berada di perairan antarabangsa, penguatkuasaan undang-undang Malaysia tidak boleh berbuat apa-apa di luar zon atau kuasa mereka. Isu ini boleh diselesaikan dengan melibatkan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Kerajaan sepatutnya tidak lagi mengeluarkan lesen mengimport rokok kepada syarikat syarikat tertentu kerana mereka ini merupakan bekas penyeludup rokok haram serta pengubahan wang haram.

Ahli ahli politik juga tidak seharusnya memberi tekanan politik kepada pegawai penguatkuasa undang-undang untuk membantu melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Pun begitu adakalanya apabila agensi penguatkuasaan undang-undang melaksanakan tugas dengan tegas dan mengikut undang-undang, sindiket penyeludup yang tidak berpuas hati akan memfitnah mereka terlibat dalam kegiatan salahlaku, menggunakan kekerasan yang berlebihan termasuk rasuah.

Peranan dan pengawasan seseorang ketua adalah penting untuk memastikan pegawai pegawai di bawah jagaannya mengekalkan tahap integriti yang tinggi.

Kerajaan hendaklah memperkukuhkan agensi penguatkuasaan undang-undang [Kastam dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS)], dengan menyediakan lebih banyak bajet dan peralatan moden.

Salah satu masalah besar yang dihadapi agensi penguatkuasa adalah apabila berhadapan dengan penjenayah terancang yang sentiasa mengeksploitasi kelemahan peraturan sedia ada.

Penyeludup terbabit turut dilengkapi peralatan canggih termasuk bot pancung berkelajuan tinggi yang mampu bertindak cepat melarikan diri jika terserempak dengan pasukan keselamatan.

Kurangnya pemantauan yang efektif di sepanjang pantai yang panjang dan pelabuhan-pelabuhan yang beroperasi di sepanjang sempadan, ia sangat rumit untuk mengesan aktiviti haram merentas sempadan serta pelbagai cabaran seperti rasuah, memberi peluang kepada penyeludup rokok haram bermaharajalela.

Kawalan ketat di sempadan adalah inti pati utama langkah membanteras penyeludupan rokok. Sebanyak 66 unit mesin pengimbas baharu dengan dilengkapi kecerdasan buatan (AI) yang mula beroperasi sangat baik dengan.

Selain dari “governance structure, human governance” sangat penting untuk melengkapkan kawalan integriti.

Untuk mencapai matlamat ini lebih berkesan, lebih banyak usaha dilakukan di antaranya, memperluaskan usaha penambahbaikan dan mengkaji dasar yang boleh menghalang perdagangan haram secara holistik.

Dengan bekerjasama, agensi penguatkuasa boleh mengelakkan pertindihan tugas dan penggunaan sumber yang tidak efisien.

Ini membolehkan organisasi menggunakan sumbernya dengan lebih berkesan dan menjimatkan kos.

Kerjasama strategik membolehkan agensi dalam dan luar negara berkongsi maklumat dan pendekatan daripada segenap aspek untuk menguruskan risiko.

Ini boleh membantu dalam mengurangkan risiko penyeludupan haram dan menangani isu-isu yang mungkin timbul dengan lebih berkesan.

Adalah penting bagi JKDM dan APKS untuk bekerjasama dengan industri tembakau bagi perkongsian awam-swasta.

Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM terdiri daripada BAT, PMI dan JTI). Mereka mempunyai peruntukan khas, kepakaran dan perisian yang canggih serta hubungan yang baik dengan agensi agensi penguatkuasa luar negara.

Usaha ini merupakan gabungan pelbagai faktor secara kolektif untuk menurunkan bilangan rokok haram di negara ini.

Sekiranya tiada langkah berkesan diambil untuk menutup kelemahan penyeludupan rokok dan menyekat ekonomi hitam, kerajaan akan terus menanggung lebih banyak kerugian hasil, yang boleh digunakan untuk membiayai program program pembangunan untuk rakyat.

*Datuk Sri Dr Akhbar Satar ialah Presiden, Persatuan Integriti dan Tadbir Urus Malaysia