Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama harta intelek

Iklan
Pertemuan Armizan (kiri) dengan Menteri Hukum Republik Indonesia.

SHAH ALAM – Malaysia dan Indonesia kini dalam proses perbincangan untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang harta intelek melibatkan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Direktorat Jenderal Kekayaan Intelektual (DGIP) Indonesia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu antara intipati pertemuan beliau dengan Menteri Hukum Republik Indonesia, Dr Supratman Andi Agtas pada Khamis.

Iklan
Iklan

“Pertemuan ini antara lain bertujuan mengeratkan kerjasama di peringkat menteri sebagai susulan hubungan kerja yang sudah dijalin di peringkat pegawai, khususnya antara MyIPO dan DGIP Indonesia,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Menurutnya, Malaysia turut berminat mempelajari pengalaman Indonesia dalam pengurusan organisasi pengurusan kolektif (CMO) termasuk penubuhan Lembaga Manajemen Kolektif Nasional.

Iklan

Beliau berkata, MyIPO juga sedang berusaha menambah baik pangkalan data pengetahuan tradisional (MyTKDL) dan berhasrat berkongsi maklumat dengan DGIP Indonesia dalam pengurusan data tersebut.

“Saya optimis lawatan ini akan terus mengukuhkan hubungan dua hala sedia ada antara Malaysia dan Indonesia serta meningkatkan kerjasama dalam pelbagai aspek,” katanya.

Iklan