Lebih 5,000 sertai Solidariti ‘Justice For Zara Qairina’

Iklan
Poster 'Justice For Zara Qairina' menghiasi suasana padang awam Taman Cenderawasih di sini.

KUANTAN - Hujan dan padang becak tidak menghalang lebih 5,000 orang berkumpul di Padang Awam Taman Cenderawasih di sini bagi bersolidariti ‘Justice For Zara Qairina’ pada Rabu.

Perhimpunan aman yang bermula kira-kira jam 9 malam itu didahului dengan solat Isyak dan solat hajat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab yang terletak bersebelahan padang.

Iklan
Iklan

Laungan ‘Justice For Zara Qairina’, ‘tolak buli’ dan ‘tuntut keadilan’ bergema di tengah-tengah ucapan lima penceramah dalam kalangan wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat.

Suasana sekitar himpunan 'Justice For Zara Qairina ' di padang awam Taman Cenderawasih di sini pada Rabu.

Iklan

Orang ramai daripada pelbagai lapisan usia tidak ketinggalan membawa dan mengangkat poster serta kain rentang ‘Justice For Zara Qairina’ sebagai tanda sokongan.

Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah, dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga dan ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.

Iklan

Hujan dan padang becak tidak menghalang orang ramai berkumpul di Padang Awam Taman Cenderawasih di sini bagi bersolidariti ‘Justice For Zara Qairina’ pada Rabu.

Mangsa disahkan meninggal dunia keesokannya selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini menitahkan semua masjid dan surau di seluruh negeri Pahang melaksanakan solat hajat khas memohon kepada Allah SWT supaya segala urusan berkaitan proses keadilan bagi Allahyarhamah Zara Qairina dipermudahkan serta kebenaran dapat ditegakkan.

Orang ramai daripada pelbagai lapisan usia tidak ketinggalan membawa dan mengangkat poster serta kain rentang ‘Justice For Zara Qairina’ sebagai tanda sokongan.

Mahkamah Kota Kinabalu menjadi tumpuan apabila lima remaja perempuan yang dikaitkan dengan kes buli Allahyarhamah Zara Qairina telah didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak, Kota Kinabalu, pada Rabu.

Bagaimanapun, difahamkan mahkamah memerintahkan larangan (gag order) untuk tidak mendedahkan mengenai prosiding yang berlangsung berhubung pendakwaan lima remaja tersebut.