Gaikindo gesa kerajaan bertindak, jualan kereta Indonesia merosot

Iklan
Pengunjung meneliti model kereta terbaharu yang dipamerkan pada Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) di Serpong, Kabupaten Tangerang, Banten.-Agensi

JAKARTA – Persatuan Industri Automotif Indonesia (Gaikindo) menggesa kerajaan memberi sokongan lebih kukuh kepada sektor berkenaan susulan jualan kenderaan baharu Malaysia semakin menghampiri kedudukan Indonesia sebagai pasaran automotif terbesar Asia Tenggara.

Setiausaha Agung Gaikindo, Kukuh Kumara berkata, insentif kerajaan amat penting untuk mengekalkan daya saing, terutama ketika pertumbuhan jualan menunjukkan tanda perlahan.

Iklan
Iklan

“Di sinilah peranan kerajaan menjadi sangat penting. Dalam jangka pendek, insentif serupa seperti ketika pandemik diperlukan,” katanya seperti dipetik agensi berita Antara pada Isnin.

Malaysia dilaporkan menjual 816,747 kenderaan pada 2024, hampir menyamai jumlah jualan Indonesia sebanyak 865,723 unit.

Iklan

Penganalisis menegaskan trend jualan Malaysia menunjukkan peningkatan konsisten dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Data Persekutuan Automotif ASEAN (AAF) menunjukkan Indonesia masih mendahului dalam jualan kenderaan antara Januari hingga Mei 2025 dengan 390,467 unit. Namun angka itu lebih rendah berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Iklan

Dari segi jualan borong iaitu penghantaran pengeluar kepada pengedar, Indonesia turut merekodkan penurunan 8.6 peratus kepada 374,740 unit dalam lima bulan pertama 2025 berbanding 410,020 unit pada tahun lalu.

Kukuh memberi amaran bahawa trend penurunan ini wajar menjadi isyarat jelas kepada kerajaan dan industri automotif negara.

“Jurang dengan Malaysia semakin mengecil. Tanpa tindakan strategik, tidak mustahil Indonesia akan dipintas,” tegasnya.-Agensi