Rumah hijau tropika terbesar di dunia

Iklan
Edenya menandakan bab terbaharu dalam evolusi Pairi Daiza sejak penubuhannya pada 1994. Foto Agensi

BRUGELETTE - Pengunjung di Zoo Pairi Daiza di Belgium kini boleh merasai pengalaman seperti berada di kawasan tropika meskipun ketika musim sejuk.

Rumah hijau tropika terbesar di dunia digelar Edenya seluas empat hektar yang bersamaan saiz enam buah padang bola sepak yang baru dibuka pada awal bulan lalu menawarkan pelbagai persekitaran menakjubkan termasuk hutan hujan, sungai dan pantai di bawah satu ekosistem.

Iklan
Iklan

Projek pembinaannya mengambil masa kira-kira lima tahun dan menelan kos AS$230 juta (RM903 juta).

Menurut laman web Edenya, terdapat hampir 1,800 spesies flora dan lebih 5,000 tumbuhan kaktus dan renek di seluruh rumah hijau tersebut.

Iklan

“Ekosistem masih berkembang dan bakal menjadi hutan yang padat tidak lama lagi. Ada juga spesimen jarang ditemui termasuk coco de mer yang berasal dari Seychelles

“Secara total, terdapat lebih 200 spesies haiwan dijangka menjadi penghuni Edenya,” menurut kenyataan itu lagi. - Agensi

Iklan