TMJ titah bendung segera budaya buli, jadikan institusi pendidikan tempat selamat kanak-kanak

Iklan
Tunku Mahkota Ismail ditemani anakanda, Tunku Iskandar berangkat melawat adik Izzul Islam di sebuah hospital swasta di Johor Bahru pada Selasa.

Penguatkuasaan ketat bendung gejala buli -

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah gejala buli dibendung dengan langkah penguatkuasaan yang lebih ketat.

Baginda bertitah selepas melawat seorang murid lelaki berusia 10 tahun yang menjadi mangsa buli sehingga mengalami gegaran otak di sebuah hospital swasta di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

Keberangkatan baginda turut disertai Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman dan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.

Tunku Mahkota Ismail menegaskan gejala buli perlu dibendung segera dengan pelaksanaan langkah penguatkuasaan lebih ketat.

Iklan

“Gejala buli harus dibendung dan langkah-langkah penguatkuasaan yang lebih ketat perlu dilaksanakan dengan kadar segera bagi memastikan setiap institusi pendidikan adalah kawasan yang selamat bagi kanak-kanak,” titah baginda dalam muat naik di HRH Crown Prince of Johor.

Sebelum itu, ibu mangsa, Siti Suhaina Misdi, 39, mendakwa anaknya, Izzul Islam Azuan Isaidi, 10 dipercayai dipukul oleh seorang murid berusia 10 dan 12 tahun di hadapan kelas di sebuah sekolah agama dan kebangsaan di Skudai ada 21 Februari serta 7 Ogos.

Iklan

Susulan kejadian, Siti Suhaina membuat dua laporan pada 23 Februari di Balai Polis Skudai serta Balai Polis Larkin pada 15 Ogos lalu.