'Anak saya mungkin dicucuk dadah, virus atau air' - Rafizi

Iklan
Rafizi (tengah) ketika sidang akhbar di Bangunan Parlimen pada Khamis.

 

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli beranggapan tiga kemungkinan mengenai cecair yang disuntik kepada anaknya dalam insiden serangan pada Rabu.

Iklan
Iklan

Walau bagaimanapun beliau berkata, keputusan perubatan hanya akan dapat diketahui dalam tempoh enam bulan selepas beberapa ujian dan pemantauan pihak perubatan.

"Pertama yang disuntik itu sama ada dadah atau racun. Kedua yang disuntik berbentuk viral, sama ada hepatitis, HIV dan lain-lain.

Iklan

"Ketiga, ia hanya kosong seperti air. Jadi sebab itu anak saya perlu lalui proses (mengenal pasti bahan cecair disuntik) dalam masa beberapa bulan ini.

"Bagi tempoh 24 jam pertama, keutamaannya selain daripada ujian darah adalah kita buat ujian kenal pasti sama ada ia dadah atau racun," katanya ketika sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini dalam perkongsiannya di Facebook, Rafizi memaklumkan seorang lelaki mengheret anaknya yang berusia 12 tahun dan mencucuk dengan jarum suntikan secara tiba-tiba ketika mahu memasuki kereta untuk meninggalkan pusat beli-belah di Putrajaya pada 1.45 tengah hari, Rabu.

Dakwanya, semakan menunjukkan dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal mengekori kereta isterinya dan beliau berpandangan bahawa individu terbabit mungkin sudah merancang serangan berkenaan lebih awal.

Sementara itu bekas Menteri Ekonomi itu memaklumkan, keadaan anaknya ketika ini baik, sudah discaj dari hospital, malah pergi ke sekolah seperti biasa hari ini.

Bagaimanapun, Rafizi yang turut kelihatan sebak ketika sidang akhbar itu berkata, anak lelakinya akan melalui beberapa ujian lagi sepanjang enam bulan termasuk pemeriksaan penuh kesihatan.

"Alhamdulillah isteri dan anak saya berada dalam keadaan yang baik dan keputusan kami ialah kehidupan harus diteruskan.

"Jadi mana yang kena pergi sekolah, kena pergi sekolah. Isteri saya kena jaga kucing dan saya akan terus seperti biasa dalam rutin harian," ujarnya.