Bomba bantu wanita 90kg turun tiga tingkat
Iklan
Anggota bomba sedang membawa turun wanita berkenaan dari kediamannya yang terletak di tingkat 3 sebuah flat di Seberang Jaya.
GEORGE TOWN - Seorang wanita berusia lingkungan 50-an yang mengalami masalah obesiti terpaksa dibantu anggota bomba untuk dibawa turun dari kediamannya di tingkat tiga, Blok J1, Solok Tenggiri, Seberang Jaya, pada Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.07 tengah hari itu, Hospital Seberang Jaya menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai bagi mendapatkan bantuan menurunkan mangsa yang berada dalam keadaan lemah.
Iklan
Iklan
Menurutnya, seramai sembilan anggota bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Insentif Rawatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi untuk operasi bantuan.
Mangsa seberat kira-kira 90 kilogram diserahkan kepada petugas KKM untuk tindakan lanjut.
Iklan
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menurunkan mangsa seberat kira-kira 90 kilogram melalui laluan tangga sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Tambah beliau, operasi berkenaan tamat pada jam 1.39 tengah hari dan tiada sebarang komplikasi dilaporkan.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>