Anwar tiba beri penghormatan terakhir kepada abang

Iklan
Anwar tiba di kediaman keluarganya di Bukit Mertajam pada Jumaat

BUKIT MERTAJAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman keluarganya di sini pada Jumaat bagi memberi penghormatan terakhir kepada abang keduanya, Allahyarham Idrus Ibrahim yang meninggal dunia pada petang Khamis.

Anwar tiba kira-kira jam 11.05 pagi bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Iklan
Iklan

Beliau yang baru pulang ke tanah air selepas mengadakan lawatan kerja ke China, terus ke kediaman keluarga bagi bersama ahli keluarga menziarahi jenazah Allahyarham.

Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib dan bersama isteri, Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah tiba jam 11.15 pagi bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah.

Iklan

Pemimpin lain yang hadir ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek; Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman dan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.

Selain pemimpin negara dan negeri, ratusan penduduk sekitar, saudara mara serta rakan turut dilihat hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang dikenali sebagai amat mesra dan mudah didekati.

Iklan

Allahyarham Idrus, 83, yang dilahirkan pada 25 November 1943 meninggal dunia dalam tidur pada jam 6.10 petang Khamis di kediamannya akibat sakit tua.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Faridah Hanim Mohd Ghouse, 80, empat anak serta 10 cucu.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cherok Tokun Bawah selepas solat Jumaat.