[VIDEO] KPDN buat tinjauan tambah baik Program Jualan Rahmah Madani

Iklan

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang melaksanakan 'survey' bagi menambah baik pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tinjauan berkenaan bertujuan mendapatkan maklum balas daripada orang ramai.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, peringkat pertama survei bermula pada 1 Ogos lalu hingga Jumaat ini yang antara lain menumpukan kepada maklum balas pengunjung di lokasi-lokasi penganjuran PJRM.

“Selepas itu, kita akan buka akses survei ini kepada seluruh rakyat Malaysia melalui pautan di laman web dan semua akaun media sosial KPDN untuk mereka memberikan pandangan,” katanya di sidang Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Iklan

Armizan pada sidang Dewan Rakyat pada Selasa. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Armizan berkata demikian menjawab soalan tambahan Wong Shu Qi (PH-Kluang) berhubung mekanisme yang digunakan kementeriannya untuk menerima maklum balas rakyat terhadap PJRM.

Iklan

Menjawab soalan asal Shu Qi mengenai strategi dilakukan kementerian untuk memastikan peningkatan peruntukan sebanyak RM600 juta kepada PJRM benar-benar sampai kepada kumpulan sasar, Armizan menegaskan, kekerapan pelaksanaan PJRM akan diperbanyakkan di semua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kekerapan akan ditingkatkan daripada sasaran awal 15,360 siri PJRM kepada 20,000 siri PJRM setahun sehingga Disember ini.

“Kepelbagaian model pelaksanaan PJRM akan dilaksanakan secara lebih menyeluruh melalui tiga model iaitu jualan di dalam premis, jualan di kawasan terbuka atau luar premis atau premium dan jualan secara bergerak,” tambahnya.

Kata Armizan, KPDN juga tidak akan membuka kedai atau premis khas bagi melaksanakan PJRM kerana pelaksanaannya ketika ini berkonsepkan memanfaatkan peruncit sedia ada.