KUALA LUMPUR - Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat sebanyak 3 sen kepada RM2.99 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan harga kekal pada RM2.15 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Februari ini.
Dalam kenyataan pada Rabu, Kementerian Kewangan turut memaklumkan harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing kekal pada RM3.10 dan RM2.54 seliter bagi tempoh sama.