Sejarah sekolah rendah hanya ditawar kepada murid Tahun 5 dan 6 - KPM

Iklan
Kenyataan media KPM berhubung mata pelajaran Sejarah yang hanya untuk murid Tahun Lima dan Tahun Enam dalam Kurikulum Persekolahan 2027.

SHAH ALAM – Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah dalam Kurikulum Persekolahan 2027 hanya akan ditawarkan kepada murid Tahun Lima dan Tahun Enam.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil perhatian laporan media mengenai penawaran mata pelajaran Sejarah pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah dalam kurikulum berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, penjelasan mengenai perkara berkenaan telah dibuat Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh sewaktu sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjelaskan kurikulum baharu yang akan bermula pada tahun hadapan melibatkan murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu.

Iklan

"Bagi mata pelajaran Sejarah, pada peringkat sekolah rendah ia ditawarkan kepada murid Tahun Lima dan Tahun Enam.

"Pada peringkat sekolah menengah, mata pelajaran berkenaan ditawarkan kepada murid bermula di Tingkatan Satu," tambah kenyataan itu.

Iklan