Gali semula kubur demi keadilan, antara tuntutan kebenaran dan hormat pada jenazah

Iklan
Kubur Zara Qairina Mahathir digali semula pada petang Sabtu bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berusia 13 tahun itu.

PROSES menggali semula kubur sering menimbulkan perdebatan hebat dalam masyarakat kerana ia menyentuh isu sensitif melibatkan maruah jenazah.

Walaupun dianggap sensatif, langkah ini kadang kala menjadi satu-satunya pilihan untuk mendapatkan bukti baharu dalam usaha menegakkan keadilan.

Iklan
Iklan

Di Malaysia, penggalian semula kubur tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana ia memerlukan perintah rasmi daripada mahkamah atau kebenaran pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebagainya.

Langkah ini biasanya diambil untuk menyiasat kematian mencurigakan atau kes pembunuhan, mengenal pasti identiti mayat terutamanya dalam kes hilang atau bencana serta menyelesaikan tuntutan pusaka atau penentuan nasab.

Iklan

Tanpa kebenaran rasmi, ia boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah kerana mengganggu tempat persemadian.

Seperti kejadian terbaru, kubur Zara Qairina Mahathir digali semula pada petang Sabtu bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berusia 13 tahun itu.

Iklan

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ia bertujuan melengkapkan serta mengukuhkan lagi kertas siasatan yang telah dihantar pihak polis sebelum ini.

Bagi masyarakat, tindakan ini sering membangkitkan emosi kerana dilihat mengganggu ketenangan arwah.

Namun, pandangan tersebut boleh berubah apabila terbukti ia menjadi jalan terakhir untuk merungkai kebenaran, seperti dalam kes pembunuhan yang terbongkar selepas bertahun-tahun.

Situasi ini menimbulkan dilema etika antara memelihara maruah jenazah dengan memenuhi tuntutan keadilan.

Pihak yang menyokong langkah ini berpendapat kebenaran harus diutamakan, manakala pihak yang menentang lebih menitikberatkan sensitiviti waris dan ketenangan arwah.

Menggali semula kubur demi keadilan adalah langkah luar biasa yang hanya wajar dilakukan apabila semua saluran bukti lain sudah buntu.

Ia menuntut keseimbangan antara undang-undang, garis panduan agama dan penerimaan masyarakat.

Paling penting, proses ini mesti dilaksanakan secara profesional, telus dan dengan penuh rasa hormat terhadap maruah insan yang telah pergi.