Armada Bersatu desak tubuh inkues khas siasat kematian Zara Qairina
Iklan
Muhammad Hilman
SHAH ALAM - Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendesak supaya sebuah Inkues Khas ditubuhkan bagi menyiasat kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Ketua Armada Bersatu, Muhammad Hilman Idham berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kabinet digesa menubuhkan inkues itu segera untuk mendapatkan keadilan buat pelajar itu.
Iklan
Iklan
"Perhimpunan besar-besaran rakyat Sabah pada Jumaat yang menuntut keadilan dan pembelaan buat Adik Zara Qairina menandakan keruntuhan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan sistem kenegaraan.
"Meskipun, Perdana Menteri memberi jaminan keadilan akan ditegakkan, namun himpunan berlaku memperlihatkan kesedaran dan kebangkitan rakyat khususnya kaum ibu yang tidak lagi yakin dengan sistem pendidikan, penguatkuasaan undang-undang dan keadilan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Iklan
Pada malam Jumaat, Sinar Harian melaporkan ribuan orang menghadiri himpunan solidariti buat Zara Qairina di beberapa lokasi di Sabah pada malam Jumaat.
Muhammad Hilman memberitahu, kecelaruan dan ketempangan dalam pengurusan kes dan siasatan terbabit jelas terserlah.
Iklan
"Sehinggakan persoalan asas, mengapa prosedur bedah siasat tidak dijalankan tidak dapat ditanggapi oleh kerajaan sehingga hari ini. Bukankah ia merupakan prosedur operasi standard (SOP) asas?," soalnya.
Justeru, kata beliau, Armada Bersatu turut menuntut Menteri Pendidikan dan Menteri Dalam Negeri mengambil tanggungjawab penuh terhadap kegagalan itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>