Syarikat air Perlis, Kedah dan Kelantan gagal capai KPI – TPM

Iklan
Syarikat bekalan air di Perlis, Kedah dan Kelantan dikenal pasti mencatatkan prestasi kurang memuaskan. - Gambar hiasan, gambar kecil: Fadillah

KUALA LUMPUR – Syarikat bekalan air di Perlis, Kedah dan Kelantan dikenal pasti mencatatkan prestasi kurang memuaskan apabila gagal mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan kerajaan.

Sebaliknya, prestasi terbaik dalam sektor perkhidmatan air dinobatkan kepada syarikat air di Pulau Pinang, Selangor dan Johor, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, kerajaan kini memberi tumpuan untuk memastikan syarikat air di negeri berprestasi rendah itu memperbaiki mutu perkhidmatan agar setanding negeri lain.

“Fokus utama kita adalah kepada rakyat, supaya sebarang pelarasan tarif air yang dilakukan tidak membebankan pengguna, khususnya pengguna domestik,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Iklan

Mengulas lanjut, Fadillah menjelaskan terdapat lima KPI yang mesti dipenuhi oleh syarikat air di seluruh negara, iaitu margin simpanan bekalan, kualiti air terawat, kadar Air Tidak Terhasil (NRW), kecekapan penyelesaian aduan dan tempoh pembaikan.

Dalam usaha menambah baik perkhidmatan air negara, beliau memaklumkan kerajaan memperuntukkan perbelanjaan modal (CAPEX) berjumlah RM7.7 bilion bagi Tempoh Pelaksanaan Kedua (TP2), melibatkan kelulusan 82 projek.

Iklan

“Daripada jumlah itu, 23 projek tertumpu kepada kecukupan bekalan air, 20 projek bagi peningkatan kualiti air, 20 projek untuk pengurangan NRW, 16 projek penambahbaikan sistem agihan dan tiga projek lain,” katanya.