KDN kaji pinda undang-undang tangani jual dadah 'online'

Iklan
Saifuddin menyampaikan hadiah kepada pemenang i-Deen Kepulihan AADK.

KAJANG – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti keperluan untuk meminda undang-undang sedia ada atau menggubal akta baharu bagi menangani isu penjualan dadah secara dalam talian yang kian membimbangkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Isu Dadah, yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Iklan
Iklan

“Kita kena lihat kembali aspek undang-undang dan peraturan yang sedia ada untuk diteliti dan ditambah baik kerana perkara ini melibatkan beberapa agensi yang mempunyai bidang kuasa berbeza,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis penutup i-Deen Kepulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) 2025, di sini pada Selasa.

Menurut beliau, antara cabaran utama dalam menangani isu ini adalah penggunaan pelbagai platform digital yang sukar dikesan terutamanya apabila ia tidak melibatkan saluran rasmi.

Iklan

“Kalau guna platform rasmi seperti e-dagang, mungkin lebih mudah dikesan. Tapi kalau guna medium sosial lain seperti aplikasi pesanan segera, itu lebih sukar.

“Ia termasuk sekiranya melibatkan elemen penghantaran seperti penggunaan syarikat kurier untuk pengedaran dadah secara kecil-kecilan,” jelas beliau.

Iklan

Tambah Saifuddin, mesyuarat Jawatankuasa kabinet mengenai isu dadah diadakan sebanyak tiga kali setahun dan mesyuarat terakhir telah berlangsung pada Jun lalu.

“Buat masa ini, cadangan tersebut masih di peringkat perbincangan. Namun, hala tuju kita jelasama ada meminda undang-undang sedia ada atau menggubal satu akta khusus untuk menangani kaedah penjualan dadah secara dalam talian,” katanya.