'Dia hampir kena 'touch' semalam...' - Satu lagi rakaman suara Zara Qairina tular

Iklan
Zara Qairina

KOTA KINABALU - Penularan bahan berkaitan kematian tragik Zara Qairina Mahathir, 13, terus mencuri perhatian apabila satu lagi rakaman perbualan suara antara Allahyarham dan ibunya, Noraidah Lamat, 45, mula tersebar sejak Isnin.

Rakaman selama satu minit 36 saat itu merupakan yang ketiga tular di media sosial di mana ia memperdengarkan perbualan telefon antara Zara dan ibunya berkaitan insiden membabitkan rakannya yang didakwa difitnah hingga dipanggil ke kelas pelajar Tingkatan Empat di sekolahnya.

Iklan
Iklan

Dalam perbualan itu, Zara memaklumkan kepada ibunya bahawa rakannya yang dikenali sebagai Yasmin telah dipanggil dan hampir menjadi mangsa gangguan oleh sekumpulan pelajar senior gara-gara tuduhan palsu.

"Mak, mak jangan sebut mak. Kak M ada sini... Mak tahu kan, yang Zara 'call' semalam kan, ngam-ngam malam tu, tiba-tiba si Yasmin kena panggil ke tempat kelas Tingkatan Empat.

Iklan

"Mak, dia hampir kena 'touch' semalam... Nasib baik Zara tidak kena panggil mak," katanya dalam nada cemas.

Zara turut mendakwa bahawa Yasmin menangis selepas kejadian itu kerana dipanggil bersendirian berjumpa sekumpulan pelajar senior, termasuk ketua asrama dan beberapa pelajar Tingkatan Empat.

Iklan

"Mak tahu, si Yasmin menangis-nangis mak.. Sudahlah dia seorang-seorang, lepas tu kena jumpa di kelas lagi tu, ramai-ramai lagi tu.

"Kakak Dedeng ada, yang ketua 'dorm' kami ada, kakak Minas tu ada," jelasnya.

Dakwa Zara, kejadian berlaku selepas Yasmin dikatakan menyebarkan cerita bahawa seorang kakak menyukai pelajar senior, walhal perkara itu adalah fitnah.

"Dia kena fitnah, gara-gara dia bilang Kak Minas tu syok senior, rupanya dia kena fitnah, si yasmin ni mengatakan begitu.

"Sudah si Yasmin cakap begitu (tak betul), si Yasmin siap bersumpah pegang al-Quran lagi," katanya.

Ibunya turut menasihatkan supaya menjelaskan perkara sebenar jika tidak melakukannya dan menyangka kejadian sama pernah berlaku kepada anaknya.

"Barangkali kau ni dulu Zara, kau pun kena fitnah.

"Jadi kalau kau tidak buat, cakaplah tidak buat," kata ibunya.

Zara bagaimanapun berkata, perkara itu sudahpun dijelaskan kepada pelajar senior tersebut malah rakannya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa.

"Sebebenarnya Yasmin tidak cakap pun, cuma masalahnya difitnah. Kakak Tingkatan Empat, Kak Wani namanya, cakap dia dengar, tapi Zara 24 jam dengan Yasmin, tidak pernah dengar dia cakap macam tu,” ujarnya.

Rakaman suara tersebut dipercayai antara bahan bukti yang menunjukkan berlakunya kejadian buli di sekolah berkenaan dan kini tersebar luas di media sosial.

Sementara itu, peguam yang mewakili ibu Allahyarham, Hamid Ismail, ketika dihubungi mengesahkan bahawa rakaman suara tersebut memang melibatkan perbualan antara anak guamnya dan Zara Qairina.

Sebelum ini, dua lagi rakaman perbualan antara Zara dan ibunya turut didedahkan kepada umum, termasuk satu rakaman yang membayangkan kebimbangan Allahyarham terhadap dirinya sebelum kejadian berlaku.

Sebelum itu, pelajar Tingkatan Satu tersebut ditemui terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama di sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Kematian remaja tersebut mencetuskan reaksi meluas, terutama di media sosial, selepas ia dikaitkan dengan dakwaan kejadian buli di sekolah berkenaan.